Jetta bergerak sebagai sebuah jenama baharu di China

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tahukah anda, semenjak pengenalan Jetta Mk2 pada 5 Disember 1991, pasaran China merupakan antara pasaran terbesar yang penting buat Volkswagen. 

Tahun lalu sahaja, pengeluar tersebut berjaya menjual 3.1 juta kenderaan hanya di China, menunjukkan betapa popularnya jenama Jerman itu di dalam hati penduduk Tanah Besar. 

Oleh kerana kepopularan yang dikecapi menerusi tanda nama Jetta, Volkswagen membuat keputusan untuk menggunakan nama tersebut sebagai sebuah jenama baharu sepenuhnya khusus untuk pasaran China. 
 


Menurut Jürgen Stackmann, individu yang bertanggungjawab di dalam bidang pemasaran VW berkata, "Jetta memainkan peranan yang sangat berharga di pasaran China sebagai sebuah model VW yang paling penting."

"Memandangkan ia benar-benar sebuah ikon, kami membuat keputusan untuk mentransformasikan model Jetta ini menjadi sebuah jenama yang berdiri sendiri, pertama kali dalam sejarah Volkswagen," ujar beliau.

Sejarah Volkswagen di China sebenarnya bermula pada tahun 1985 dengan penubuhan Volkswagen Group China. 

 


Menerusi kerjasama antara FAW-Volkswagen, Jetta Mk2 telah dipilih untuk diproduksikan di China pada 1991 dan semenjak daripada itu, ia telah melalui pelbagai facelift sehinggalah pada tahun 2010 - semuanya menggunakan platform Jetta Mk2!

Sebagai sebuah jenama automotif serba baharu, Jetta bakal membawakan tiga buah model - sebuah sedan dan dua buah SUV yang diproduksikan oleh FAW-VW dan ia bakal dijual menerusi rangkaian 200 buah pengedar. 

Jualan Jetta akan bermula pada suku ketiga tahun ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Jetta generasi ketujuh di pasaran sekarang dilancar di Amerika Syarikat pada 2018 dan tidak…
Berita Global
Meskipun di pasaran Amerika pasaran sedan semakin menguncup, ditambah pula dengan penamatan model…
Berita Global
Sedan Jetta yang dilengkapi dengan enjin GTI, Jetta GLI sudah pun selamat dilancarkan baru-baru ini…