Dalam ujian rasmi tersebut, Jetour T1 mencatatkan jumlah keseluruhan 87.67 mata hasil gabungan empat kategori penilaian utama. Keputusan ini mengesahkan kedudukan T1 sebagai SUV kompak lasak yang menepati standard keselamatan tinggi bagi pasaran Asia Tenggara.
Perincian Skor Penilaian ASEAN NCAP
• Adult Occupant Protection (AOP): 38.09 mata
• Child Occupant Protection (COP): 16.18 mata
• Safety Assist (SA): 17.14 mata
• Motorcyclist Safety (MS): 16.25 mata
Kesemua skor ini digabungkan bagi menentukan penarafan keseluruhan lima bintang di bawah protokol 2021 hingga 2025 yang kini telah tamat secara rasmi.

Ciri Keselamatan Standard Jetour T1
Jetour T1 hadir dengan pelbagai ciri keselamatan standard merentasi semua varian termasuk
• Enam beg udara
• Electronic Stability Control (ESC)
• Anti-lock Braking System (ABS)
• Seatbelt Reminder System (SBR) untuk penumpang hadapan dan belakang
• Sistem pengesanan penumpang tempat duduk belakang
• Child Presence Detection (CPD)
• ISOFIX untuk kerusi keselamatan kanak-kanak
• Blind Spot Detection (BSD) untuk bahagian pemandu dan penumpang hadapan
• Perlindungan pejalan kaki
Bagi sistem bantuan pemandu, T1 turut menawarkan teknologi seperti
• Autonomous Emergency Braking (AEB) City
• AEB Inter-Urban
• AEB Pedestrian
• Lane Departure Warning (LDW)
• Forward Collision Warning (FCW)
• Lane Keep Assist (LKA)
• Auto High Beam (AHB)
AEB khusus untuk motosikal ditawarkan sebagai kelengkapan pilihan.
Kepentingan Penilaian Keselamatan Motosikal
Di bawah kategori Motorcyclist Safety, ASEAN NCAP memberi tumpuan khusus kepada teknologi seperti Blind Spot Detection, visualisasi titik buta, Advanced Rear Visualisation serta Auto High Beam. Ini selari dengan realiti rantau ASEAN di mana penunggang motosikal membentuk majoriti pengguna jalan raya dan menyumbang peratusan tinggi kemalangan maut.
Pendekatan ini bertujuan menggalakkan pengeluar kenderaan memperkenalkan teknologi yang mampu mengurangkan risiko perlanggaran antara kereta dan motosikal dalam situasi trafik sebenar.
Penutup Protokol 2021–2025
ASEAN NCAP mengesahkan penilaian Jetour T1 ini menjadi antara penilaian terakhir di bawah protokol 2021 hingga 2025. Bermula tahun 2026, semua model baharu akan dinilai mengikut protokol baharu 2026 hingga 2030 yang dijangka lebih ketat serta menekankan integrasi teknologi keselamatan aktif dan perlindungan pengguna jalan raya yang lebih menyeluruh.

Sebagai model terbaharu dalam barisan Jetour, T1 dilihat menawarkan gabungan reka bentuk lasak, saiz lebih kompak dan tahap keselamatan yang setanding SUV segmen lebih tinggi sekali gus menjadikannya pilihan menarik untuk pasaran Asia Tenggara.