Jet pejuang Thailand terhempas, juruterbang parah

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Sebuah jet pejuang F-5 terhempas semasa menjalani latihan di daerah Chai Badan, di Lopburi, Thailand hari ini, menyebabkan juruterbangnya cedera parah.

Kejadian berlaku kira-kira 11 pagi (waktu tempatan), jet itu terhempas di sebuah padang latihan.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Jurucakap Tentera Udara, Naib Marsyal Udara (AVM) Prapas Sornchaidee berkata juruterbang berjaya melenting keluar tetapi mengalami kecederaan parah.
 

"Tentera Udara telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat nahas itu," katanya.

 

Tambahnya, juruterbang itu kini menerima rawatan di hospital berhampiran dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Global
  "Juruterbang PRC terbang terus di hadapan muncung RC-135 yang sedang menjalankan operasi selamat…
Berita Domestik
    Falcon Air merupakan syarikat yang menjalankan perkhidmatan menyewa, menyelenggara dan jual…
Berita Global
  "Ankara kini berada di setiap lapangan termasuk darat, laut, kapal selam, udara dan angkasa…