Jet pejuang Tentera Laut Amerika Syarikat terhempas, juruterbang terbunuh

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Seorang juruterbang jet pejuang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) terbunuh apabila pesawat berkenaan terhempas di Gurun Mojave, tenggara California, media melaporkan pada Sabtu memetik pegawai tentera.


Pesawat pejuang F/A-18E Super Hornet dari stesen udara tentera laut Lemoore terhempas pada petang Jumaat di bandar San Bernardino, selatan California, Sputnik memetik laporan penyiar KABC-TV.

 

Kejadian berlaku kira-kira 2.30 petang waktu tempatan, kata laporan itu.

 

Pasukan keselamatan tentera laut dan anggota bomba dari stesen senjata udara tentera laut China Lake dikerahkan ke lokasi kemalangan, menurut laporan itu.

 

Punca kejadian masih dalam siasatan.

 

CNN

Berita Berkenaan

Berita Domestik
    Falcon Air merupakan syarikat yang menjalankan perkhidmatan menyewa, menyelenggara dan jual…
Berita Global
  "Ankara kini berada di setiap lapangan termasuk darat, laut, kapal selam, udara dan angkasa…
Berita Global
  “Korea Selatan menghantar 80 pesawat, termasuk, pesawat pejuang F-35A, sebagai tindak balas…