Jet pejuang Korea Selatan tersilap gugurkan bom di luar kawasan latihan

oleh Penyumbang Rencana|
foto AFP
Sebuah jet pejuang Korea Selatan tersilap menggugurkan lapan bom MK-82 di luar kawasan latihan di Pocheon pada Khamis dan dilaporkan menyebabkan tujuh orang awam mengalami kecederaan.

Semua bom MK-82 itu 'tanpa sengaja' dilepaskan oleh jet pejuang KF-16 di mana ia gugur di luar kawasan latihan tentera dan menyebabkan kerosakan terhadap harta benda awam dan mencederakan beberapa individu.

Pasukan tentera udara Korea menyatakan ia akan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat mengapa kejadian itu berlaku dan mengkaji tahap kerosakan terhadap orang awam.

Jet pejuang tersebut sedang menjalani latihan penembakan bersama pasukan tentera Amerika Syarikat.

Kejadian itu turut menyebabkan kerosakan kepada sebuah gereja dan tujuh bangunan lain.

Jumlah mangsa cedera dijangka meningkat berikutan lebih ramai individu tampil mendapatkan rawatan.

Seramai 50 penduduk di kawasan itu telah dipindahkan ke dewan bandar berhampiran sebagai langkah keselamatan.

Tentera Udara Korea Selatan memaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan berhubung insiden itu dan memohon maaf atas kerosakan serta kecederaan yang dialami mangsa.

- mujur tidak tersilap melepaskan bom ke arah Korea Utara-

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Global
Rakaman dari lokasi kejadian menunjukkan asap hitam tebal menjulang di belakang kawasan landasan…
Berita Domestik
“Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita yang tidak sahih,”…
Informasi
"Selepas pihak negara pengeluar memberikan kelulusan untuk perolehan pesawat berkenaan, TUDM kini…