Jet pejuang F-16 iringi pasukan bola sepak Poland ke Piala Dunia (video di bawah)

oleh Penyumbang Rencana|
Sebuah pesawat yang membawa skuad bola sepak Piala Dunia Poland diiringi oleh jet-jet pejuang negara itu pada 17 November lalu.


Dua jet pejuang F-16 buatan Amerika Syarikat (AS) mengiringi pesawat berkenaan sehingga ke selatan negara tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Kami telah diiringi sehingga ke sempadan selatan Poland dengan pesawat F16!” menurut ciapan tweet tersebut. “Terima kasih kepada juruterbang!”


Pasukan bola sepak itu juga turut berkongsi gambar-gambar yang diambil yang menunjukkan salah seorang juruterbang F-16 mempamerkan di tingkap kokpitnya papan tanda tertera nama skuad kebangsaan.


"Apabila anda seorang juruterbang, tetapi juga peminat pasukan kebangsaan Poland!" - kapsyen dari juruterbang F-16 tersebut.

 

Selepas diiringi hingga ke sempadan negara berkenaan, pesawat yang membawa anggota-anggota bola sepak kebangsaan itu meneruskan penerbangan ke Qatar.

 

Qatar merupakan negara Islam pertama menjadi tuan rumah kejohanan pusingan akhir bola sepak Piala Dunia yang akan bermula pada 20 November ini.

 

Pesawat itu diiringi jet-jet pejuang F-16 atas faktor-faktor keselamatan selepas sebuah peluru berpandu mendarat di sebuah kampung di Poland bersempadan dengan Ukraine pada Selasa lalu.

 

Video di bawah:

 

 

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bersempena dengan acara berprestij itu, Bosch telah mengadakan satu peraduan iaitu #BoschJaguhBola…
Berita Domestik
Kempen tersebut bermula dari 11 Jun sehingga 22 Julai 2018 ini menyaksikan lima pelanggan bertuah…