Jerman mahu semua stesen minyak sediakan punca caj untuk kereta elektrik

oleh HEZERI SAMSURI|
Usaha kerajaan negara Jerman untuk meningkatkan penggunakan kenderaan elektrik (EV) semakin tegas. Sekarang, negara itu mewajibkan semua stesen minyak menyediakan perkhidmatan caj untuk EV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun Jerman masih belum memberikan perincian mengenai rancangan itu (bila, jenis sistem caj dan sebagainya), keputusan itu disambut hhebat oleh para penyokong EV.

Persatuan Industri Tenaga dan Air Jerman (BDEW) percaya bahawa negara itu memerlukan sekurang-kurangnya 70,000 stesen caj EV dan 7,000 stesen caj pantas (fast charging) bagi memastikan penggunaan meluas EV di negara tersebut.

Menurut laporan Reuters, jualan kenderaan EV tahun lalu cuma 1.8 peratus dari jumlah penjualan kenderaan baharu tahhun lalu di Jerman. 

32 peratus pula membeli kenderaan diesel dan 59.2 peratus memilih petrol.

Insentif EV di Jerman juga melihat ia menggandakan jumlah subsidi EV kepada €6,000 untuk kenderaan EV yang berharga sehingga €40,000.

Jerman juga akan meningkatkan lagi cukai untuk kenderaan-kenderaan SUV yang menggunakan enjin pembakaran dalam yang tidak menjimatkan.

Idea untuk mempunyai tempat caj di stesen minyak adalah satu idea yang baik, cuma tak ramai yang sanggup melepak sejam dua di stesen tersebut, kecuali jika ia mempunyai kedai serbaneka,restoran dan tempat menunggu yang selesa.

Kerajaan Malaysia mungkin boleh meniru langkah-langkah negara maju ini dengan:

Memberikan pelepasan cukai kepada kenderaan EV (CBU).

Memaksa pemilik pusat membeli belah menyediakan ruang caj EV.

Menggunakan aplikasi milik kerajaan untuk menempah ruang caj.

Memberikan insentif khas untuk pemandu EV, seperti parkir percuma di kawasan majlis perbandaran, tol percuma untuk semua lebuhraya dan sebagainya.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan media tempatan, enjin ICE terakhir yang akan dipasang ialah sebuah nadi V8 di mana…
Berita Global
EU telah mengumumkan siasatan kepada tuduhan kerajaan China memberikan subsidi dan menjadikan EV…
Berita Global
Tidak seperti MINI Cooper EV, MINI Countryman 2024 akan dibina sepenuhnya di kilang BMW Group di…