Jerman hantar kapal perang ke Laut China Selatan

oleh SALINA JALIL|
Jerman buat pertama kali dalam tempoh hampir dua dekad dilaporkan menghantar kapal perangnya ke perairan Laut China Selatan.


Tindakan itu secara tidak langsung menyaksikan penyertaan Jerman dengan beberapa negara Barat lain dalam memperluaskan kedudukan ketenteraan di rantau itu, ketika pelbagai pihak cuba menyekat penguasaan China.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Laporan dari Reuters, pegawai di Berlin memaklumkan tentera laut negara ini akan kekal pada laluan perdagangan biasa dan tidak akan berlayar melalui Selat Taiwan.

 

Berlin menegaskan misi tersebut bertujuan memberi penekanan bahawa Jerman sekeras-kerasnya menolak tuntutan wilayah oleh China. 

 

Namun, langkah itu dilihat bakal memberi kesan kepada hubungan ekonomi antara Jerman dan China memandangkan Beijing merupakan satu daripada rakan dagang terpenting Berlin.

 

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Jerman, Annegret Kramp-Karrenbauer berada di pelabuhan Wilhelmshaven untuk menyaksikan kapal frigat Bayern berlepas dan bakal menempuh pelayaran selama tujuh bulan menuju ke Australia, Jepun, Korea Selatan dan Vietnam.

 

Kapal itu dijangka merentasi Laut China Selatan pada pertengahan Disember ini, sekali gus menjadikan kapal perang Jerman yang pertama melalui wilayah itu sejak 2002.

 

“Kami mahu undang-undang sedia ada dihormati, laluan laut bebas dilayari, masyarakat dilindungi dan perdagangan dijalankan secara adil mengikut peraturan,” kata Kramp-Karrenbauer.

 

Beberapa negara termasuk Britain, Perancis, Jepun, Australia dan New Zealand juga dilaporkan memperluaskan aktiviti mereka di Pasifik untuk menentang pengaruh China. 

 

Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan media tempatan, enjin ICE terakhir yang akan dipasang ialah sebuah nadi V8 di mana…
Berita Global
EU telah mengumumkan siasatan kepada tuduhan kerajaan China memberikan subsidi dan menjadikan EV…
Berita Global
Tidak seperti MINI Cooper EV, MINI Countryman 2024 akan dibina sepenuhnya di kilang BMW Group di…