Jerman gandakan insentif galakkan pemilikan EV

oleh Mohamad Hanif|
Jerman kini menjadi negara Eropah kedua yang menggunakan pelan pemulihan yang mencecah billion euro bagi menggalakkan pemilikan kenderaan elektrik di negara tersebut.

Pelan stimulus coronavirus bernilai 130 billion euro (RM634 billion) yang dilancarkan baru-baru ini dibuat selepas pengumuman presiden Perancis Emmanuel Macron yang mahukan negara tersebut menjadi peneraju penghasil kereta bersih di Eropah.

Di bawah perancangan baharu ini, Jerman akan menggandakan subsidi kenderaan elektrik, merendahkan VAT daripada 19% kepada 16%, serta menolak permintaan industri bagi menambah insentif terhadap kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman.

Stesen minyak di Jerman kini perlu menyediakan slot pengecasan untuk kenderaan elektrik bagi mengubati penyakit kebimbangan terhadap jarak operasi di kalangan para pemilik EV.

Di Jerman, peratusan kenderaan elektrik hanyalah sekitar 1.8 peratus sahaja berbanding jumlah pendaftaran kereta baharu pada tahun lalu.

Angka tersebut akan digandakan dengan pemberian insentif sebanyak 6,000 euro (RM28,846) bagi EV yang dibawah paras nilai 40,000 euro (RM192,308).

Ini menjadikan insentif yang diberikan kepada pelanggan meningkat kepada 9,000 euro (RM43,269) setelah amaun insentif 3,000 euro daripada pengeluar disekalikan.

 


Antara kenderaan yang layak di bawah subdisi penuh termasuklah BMW i3, Hyundai Ioniq dan Kona, Kia E-Nero, Peugeot e-208, Renault Zoe dan juga Tesla Model 3.

Sementara model seperti Tesla Model S dan Mercedes EQC pula dikatakan layak untuk menerima subsidi yang disebutkan, namun bukan dalam jumlah yang diperkatakan.

Selain daripada itu, Jerman juga akan merombak kembali sistem percukaian terhadap kenderaan bermotor, di mana kereta dengan kadar emisi melebihi 95 g CO2/km akan menghadapi kenaikan kadar cukai bermula 2021.

Ini kerana di Jerman, kadar purata emisi bagi kenderaan baharu adalah sekitar 150.9 g CO2 untuk setiap kilometer, namun disebabkan populariti SUV, angka tersebut meningkat kepada 154.8 g per kilometer pada bulan Mei.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Hypebeast, BBS telah pun memfailkan muflis pada 16 Julai yang lalu. …
Berita Global
Ini kerana anda boleh mendapatkan sebuah Renault Zoe serba baharu tanpa perlu berbelanja, terima…
Berita Global
Walaupun Jerman masih belum memberikan perincian mengenai rancangan itu (bila, jenis sistem caj dan…