Jeremy Clarkson ikon automotif TV nombor satu!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu 'kajian' yang dijalankan oleh Hyundai bagi mencari ikon automotif terhebat dunia, selebriti automotif terkenal Jeremy Clarkson berjaya dinobatkan sebagai ikon automotif paling hebat di dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bekas pengacara Top Gear yang kini mengacara The Grand Tour itu menduduki tangga teratas mengalahkan individu lain seperti Steve McQueen, errr.. Vin Diesel serta Paul Walker.

Malah, rakan pengacara The Grand Tour seperti Richard Hammond dan James May turut tersenarai di dalam kedudukan 10 teratas kajian tersebut.

 

 


Menurut jurucakap Hyundai, "internet telah berjaya mengubah cara kita membeli dan menjual produk, baik dari segi penyiaran rancangan kegemaran, mencari di dalam iklan atau menentukan sendiri kereta dengan spesifikasi yang terbaik."

"Apa yang pasti, terdapat banyak cara untuk menarik golongan tersebut, terutama para peminat automotif.

Apa yang menariknya, ikon James Bond Daniel Craig turut tersenarai menduduki tangga kelapan mengalahkan Jason Statham di tangga kesepuluh.

Berikut merupakan keputusan undian daripada 2,000 orang koresponden terdiri daripada rakyat Britain yang ditemubual oleh Hyundai.

 

 

 

1. Jeremy Clarkson
2. Steve McQueen
3. Richard Hammond
4. Vin Diesel
5. Sir Sean Connery
6. James May
7. Paul Walker
8. Daniel Craig
9. Sir Roger Moore
10. Jason Statham

Sumber: Motoring Research

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan BBC, Jeremy Clarkson, Richard Hammond dan James May baru sahaja pulang dari…
Berita Global
Episod istimewa dengan tajuk Eurocrash itu akan disiarkan di Amazon Prime Video pada 16 Jun, dimana…
Berita Global
Bagi yang belum tahu, pada 2015, Prime Video telah mengambil pasukan Top Gear yang asal untuk…