Jerayawara Sime Darby Motors Dreamride (22-26 Julai) tawar hadiah BMW G 310 R!

oleh Mohamad Hanif|
Bermula dari 22 sehingga 26 Julai 2020, Sime Darby Motors akan menganjurkan jerayawara 'Sime Darby Motors DreamRide' bertempat di 1 Utama yang bakal menampilkan jenama-jenama di bawah naungan Sime Darby seperti BMW, MINI, Motorrad, Ford, Hyundai, Jaguar, Land Rover dan Volvo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Para pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat barisan model-model terkini seperti BMW 330i, BMW M5, BMW R 1250 GSA, BMW Rnite T, Ford Ranger Raptor, Jaguar F-PACE, Land Rover Evoque, serta Volvo XC40 dan XC60, selain diberikan peluang untuk memandu uji model-model terpilih.

Menurut Pengarah Urusan bahagian Runcit dan Pengedaran Sime Darby Motors, Jeffrey Gan berkata, "ini merupakan jerayawara yang pertama kali dianjurkan oleh Sime Darby Motors yang menampilkan pelbagai jenama di bawah satu bumbung, bertujuan untuk mencipta pengalaman membeli-belah yang unik kepada para pengunjung."

Sime Darby Motors akan berkolaborasi dengan jenama beg premium Jerman, Braun Büffel di mana pelanggan bertuah akan membawa pulang sebuah hadiah misteri serta kad keahlian daripada Braun Büffel apabila mereka mendaftarkan diri di booth Sime Darby Motors.

Selain daripada itu, para pelanggan yang membeli barangan Braun Büffel akan menerima baucer tunai bernilai RM500 yang boleh digunakan untuk pembelian mana-mana kenderaan pada jerayawara tersebut.

Tidak ketinggalan, Sime Darby Motors turut menawarkan peluang kepada para pengunjung untuk mendapatkan hadiah utama berupa sebuah motosikal BMW G 310 R sepanjang tempoh Sime Darby Motors DreamRide berlangsung.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terletak di Sime Darby Motors City, akademi tersebut akan menjadi peneraju penting bagi usaha Sime…
Berita Global
PT Performance Motors Indonesia menandakan usaha pertama Sime Darby Motors di Indonesia, sekaligus…
Berita Domestik
Detik bersejarah itu diraikan bersama-sama 1,000 orang pemilik pertama BYD di dalam satu majlis…