Jepun usir kapal pengawal pantai China

oleh Penyumbang Rencana|
foto Reuters
Jepun mengusir dua kapal pengawal pantai China dari perairan berhampiran gugusan pulau pertikaian yang turut dituntut Beijing.

Kapal-kapal pengawal pantai China menghampiri kapal nelayan Jepun yang beroperasi di perairan itu, kata pengawal pantai Jepun.

Kedua-dua negara mempunyai pertikaian wilayah yang berlarutan mengenai Kepulauan Senkaku atau dipanggil  Diaoyu oleh  China  yang terletak di antara Taiwan dan wilayah  Okinawa, Jepun.

Kapal-kapal China kali terakhir memasuki perairan tuntutan bertindih itu pada 10 Jun lalu tetapi jarang sekali kapal pengawal pantai Beijing menghampiri bot nelayan Jepun.

“Pengawal pantai mengeluarkan arahan untuk beredar dan  berjaya memaksa kapal pengawal pantai China meninggalkan perairan wilayah Jepun kira-kira pukul 9.20 pagi (waktu tempatan) hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Kapal-kapal pengawal pantai Tokyo itu ‘dikerahkan di sekitar kapal nelayan Jepun bagi memastikan keselamatannya’.

Terdapat empat kapal China  belayar di sekitar kawasan itu sebelum dua daripadanya memasuki perairan Jepun, kata kenyataan sama.

TheStar/AFP

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut data daripada Federal Chamber of Automotive Industries (FCAI), perubahan itu berlaku pada…
Berita Global
"Terdapat kemungkinan berlaku perubahan drastik dalam situasi di Asia Barat. Malah di luar wilayah…
Berita Global
Polis memaklumkan sekurang-kurangnya 10 kenderaan terbakar dalam kejadian itu, manakala usaha…