Sebelum ini sasaran Jepun ialah 80 peratus pengurangan pelepasan asap menjelang 2050 dan kemudiannya berusaha untuk mencapai taraf sifar.
Suga dikatakan akan membuat pengumuman sasaran baharu itu dalam minggu ini.
Jepun ialah penghasil kelima dunia untuk karbon dioksida yang menyebabkan perubahan cuaca.
Berita ini mengejutkan kerana Jepun selama ini adalah penyokong tegar penghasilan tenaga elektrik menggunakan arang batu.
Pengumuman ini bakal merubah perancangan penghasilan tenaga Jepun untuk masa hadapan.
* Laporan penuh di Reuters.com