Jepun Tawar Subsidi Bahan Api Hidrogen untuk Lori dan Bas Komersial

oleh Qalif Latif|
Dalam usaha mempercepatkan penggunaan kenderaan mesra alam dan mengurangkan pelepasan karbon, Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun akan melancarkan program subsidi bahan api khusus untuk lori dan bas sel bahan api hidrogen di enam wilayah utama negara itu.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025

Program subsidi ini bakal menampung kos sebanyak 700 yen (RM21.00) bagi setiap kilogram hidrogen, iaitu kira-kira tiga perempat daripada perbezaan harga antara hidrogen dan diesel. Bagi lori sel bahan api bersaiz besar, potongan ini dianggarkan sekitar 21,000 yen (RM630.00) bagi setiap isian penuh.

Hino Hidrogen

Hino USA memperkenalkan konsep kenderaan berat Hidrogen sejak 2020 dengan pengenalan Project Z

Sebelum ini, kerajaan Jepun menumpukan kepada subsidi pembelian dan pembinaan stesen hidrogen. Namun, untuk memperluaskan penggunaan kenderaan sel bahan api secara menyeluruh, kerajaan Jepun melihat keperluan menurunkan harga hidrogen agar lebih kompetitif berbanding bahan api fosil.

Isuzu honda Hidrogen
Isuzu dan Honda kerjasama menghasilkan GIGA Fuel Cell

Lebih 90 stesen hidrogen akan menerima bantuan kos untuk membolehkan mereka menawarkan harga hidrogen yang lebih rendah kepada pengendali kenderaan komersial.

Ketika ini, hidrogen masih jauh lebih mahal daripada diesel, menjadikan kos operasi lebih tinggi bagi syarikat logistik yang menggunakan kenderaan hidrogen. Sebuah lori sel bahan api mampu bergerak sejauh 600 kilometer dengan satu isian, dan hanya mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengisi semula  lebih pantas berbanding pengecasan EV biasa serta menawarkan jarak pemanduan yang lebih panjang.

Antara pengeluar utama yang sedang membangunkan teknologi ini termasuk Toyota Motor, Isuzu Motors dan Hino Motors. Setakat ini, hanya sekitar 160 unit lori sel bahan api digunakan di Jepun, termasuk oleh syarikat besar seperti Yamato Transport dan Japan Post. Kerajaan Jepun menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 17,000 unit menjelang tahun 2030 bagi menyokong agenda nyahkarbon negara itu.

Subsidi ini akan dibiayai menerusi peruntukan sebanyak 46 bilion yen yang telah diluluskan dalam belanjawan tambahan fiskal 2024 serta pelan belanjawan fiskal 2025 Jepun. Kerajaan pusat juga menyeru kerajaan tempatan di enam wilayah terbabit menetapkan sasaran kadar penggunaan dan memperkenalkan insentif tambahan.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tidak duduk diam, Toyota Motor Eropah telah menandatangani perjanjian dengan Hydrogen Refueling…
Berita Global
"Kami sedang mengusahakan generasi kelima untuk model sedan yang menggunakan tenaga hidrogen.…
Berita Global
Sudah semestinya hidrogen dilihat sebagai salah satu alternatif penjana kuasa yang dapat membantu…