Jepun tambah 17 lokasi dengan rekaan nombor pendaftaran baharu

oleh Mohamad Hanif|
Dua tahun lalu, pihak Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Jepun telah memperkenalkan rekaan nombor pendaftaran serba baharu yang dikhususkan untuk 41 buah wilayah di seluruh negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setiap satu lokasi diberikan gambar khas yang melambangkan keistimewaan sesetengah tempat, seperti contoh patin tempoyak untuk bandar Temerloh (penulis beri contoh sahaja). 

Harga tempahan untuk nombor pendaftaran rekaan baharu itu adalah sekitar ¥1,000 sahaja (RM40.44). 

Untuk tahun 2020, pihak kementerian telah menambah 17 buah lokasi baharu bagi memperluaskan lagi penggunaan nombor pendaftaran bercirikan tempatan itu bermula 11 Mei ini. 

Tempahan hanya akan diterima bermula 13 April ini dan ia tidak terhad kepada permohonan kenderaan baharu sahaja. 

Senarai 17 lokasi baharu adalah Shiretoko, Tomakomai, Hirosaki, Shirakawa, Matsudo, Ichikawa, Funabashi, Ichihara, Koto, Katsushika, Itabashi, Joetsu, Iseshima, Yokkaichi, Asuka, Izumo, and Takamatsu.

Menariknya, segala kutipan yang terkumpul untuk permohonan nombor pendaftaran baharu ini akan digunakan oleh kerajaan tempatan bagi mempromosikan pelancongan serta menambah baik infrastuktur pengangkutan awam di lokasi yang disebutkan tadi. 
 


Sumber: Response.jp

Berita Berkenaan

Berita Domestik
NPI siri GOLD itu diperkenalkan bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang ke-50.…
Berita Global
Walaupun bidaan baharu sahaja dibuka, tidak mengejutkan apabila angka bidaan sudah pun melepasi…
Berita Domestik
“Ketiga, M8M dengan nilaian RM450,000, diikuti M9M dengan nilai RM402,004 dan kelima, M6M dengan…