Jepun sediakan masjid bergerak untuk pengunjung Sukan Olimpik 2020

oleh Mohamad Hanif|
Sukan Olimpik 2020 yang bakal berlangsung di Jepun pertengahan tahun ini bukan sahaja bakal menyambut kehadiran para atlit berprestij dari seluruh dunia, akan tetapi para peminat negara Jepun yang terkenal dengan inovasi tersendiri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Salah satu perkara menarik yang bakal menanti para pengunjung, khususnya bagi mereka yang beragama Islam adalah kehadiran Masjid Bergerak yang dikendalikan oleh Yasu Project. 
 


Asalnya daripada sebuah trak tugas berat 25 tan Hino Profia (Hino 700 Series), Yasu Project telah mengubah bahagian belakang trak ini dengan binaan ruang yang mampu memuatkan kira-kira 50 orang untuk bersolat pada satu-satu masa. 

Dengan bantuan motor elektrik, ruang solat tersebut boleh menjangkaui dimensi sepanjang enam meter dengan keluasan 48 meter persegi dan boleh disiapkan dalam masa lima minit sahaja sebelum pengunjung dibenarkan masuk untuk beribadah.
 


Menurut Yasuharu Inoue, CEO Yasu Project berkata, melihatkan kepada negara Jepun yang asalnya bukanlah sebuah negara Islam, kekurangan ruang untuk menunaikan solat mungkin mendatangkan kesukaran kepada para pengunjung yang beragama Islam.

Jadi, dengan adanya projek Mobile Mosque ini, ia boleh dipindahkan ke lokasi sukan Olimpik dengan lebih mudah sekiranya diperlukan. 
 


Selain menyediakan ruang untuk bersolat yang selesa dan berhawa dingin, Mobile Mosque juga turut menyediakan kemudahan menentukan arah kiblat serta ruang berwudhu. 

Kepada anda yang berkesempatan untuk melawat Jepun ketika Sukan Olimpik 2020, usah lepaskan peluang untuk melihat dengan lebih dekat Masjid Bergerak ini. 

 


Sumber: Says, AP News

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan merupakan perintis kenderaan elektrik (EV) dengan Leaf berkuasa bateri, tetapi telah diatasi…
Berita Global
Jurutera syarikat Mitsubishi Logisnext berkata, beliau menerima banyak pertanyaan mengenai forklift…
Berita Global
Motosikal khusus untuk latihan lesen itu akan dikenali sebagai NX400L, di mana ianya bakal…