Jepun sedia lorong khas untuk trak swapandu di lebuh raya tahun 2024

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Nikkei Asia
Jepun bakal menyediakan satu lorong khas di lebuh raya untuk pengujian trak yang dilengkapi dengan teknologi swapandu.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Nikkei Asia, lorong khas sepanjang 100 km itu akan dibuka di antara Tokyo ke Nagoya, lebih tepat lagi antara Numazu dan Hamamatsu.

Ini kerana seksyen lebuh raya yang dimaksudkan itu mempunyai tiga lorong pada setiap sisi, di mana terdapat bahagian jalan yang sangat panjang dan lurus menjadikannya lokasi ideal untuk pengujian trak swapandu.

Tambah laporan itu lagi, seksyen lebuh raya itu akan turut dilengkapi dengan pelbagai jenis penderia dan kamera untuk tujuan pemantauan, serta tidak ketinggalan teknologi komunikasi 5G.
 

trak


Jepun percaya permintaan terhadap trak autonomi akan menjadi semakin tinggi pada waktu malam, apatah lagi negara Matahari Terbit itu kini sedang bergelut dengan masalah kekurangan tenaga pekerja disebabkan oleh populasi penduduk yang semakin berusia.

Menurut Nikkei Asia lagi, momentum pembangunan teknologi swapandu di Jepun tidak begitu rancak disebabkan oleh masalah kefahaman yang jelas terhadap tahap automasi termaju, serta masalah kekurangan infrastruktur yang diperlukan.

Perincian berkenaan peraturan dan pemasangan penderia yang diperlukan akan ditentukan sendiri oleh kementerian pengangkutan, kementerian industri serta pengendali lebuh raya, dan ia dijangka beroperasi menjelang tahun 2024.

Sumber: Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan merupakan perintis kenderaan elektrik (EV) dengan Leaf berkuasa bateri, tetapi telah diatasi…
Berita Global
Jurutera syarikat Mitsubishi Logisnext berkata, beliau menerima banyak pertanyaan mengenai forklift…
Berita Global
Motosikal khusus untuk latihan lesen itu akan dikenali sebagai NX400L, di mana ianya bakal…