Jepun mulakan fasa pengujian Shinkansen Alfa-X - mampu capai 400 km/j!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jepun telah memulakan ujian bagi generasi terbaharu bullet train, Alfa-X yang dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang tahun 2030 di waktu malam antara bandar Aomori dan Sendai.

Alfa-X yang dibina oleh Kawasaki Heavy Industries dan Hitachi ini mampu mencecah kelajuan maksimum 400 km/j.

Namun, untuk keselamatan ketika membawa penumpang, ia dihadkan kepada kelajuan 360 km per jam sahaja. 

Bagi mencapai kestabilan ketika meluncur dalam kelajuan yang sangat tinggi, Alfa-X mempunyai rekaan muncung sepanjang 22 meter, direka bagi meminimumkan tekanan dan kadar bunyi bising ketika memasuki ruang terowong.

 


Menurut laporan DesignBoom, Alfa-X dengan varian muncung sepanjang 15.8 meter juga kini sedang diuji. 

Untuk pemberhentian yang lebih berkesan, tren ini dilengkapi dengan sistem brek udara yang dimuatkan pada bumbung, dan plet magnet di bahagian bawah koc.

Alfa-X direka untuk menjadi tren peluru terpantas di dunia apabila dilancarkan pada tahun 2030 nanti. 

Rekod terpantas kini dipegang oleh tren maglev (magnetic levitation) Shanghai dengan kelajuan maksima 431 km per jam. 

Walaubagaimanapun, Jepun tidak pernah mengalah soal ini, memandangkan mereka juga bakal membuka laluan tren maglev tersendiri pada tahun 2027 antara bandar Tokyo dan Nagoya dengan kepantasan 505 km per jam!
 


Bersempena dengan Sukan Olimpik Tokyo 2020, Jepun merancang untuk melancarkan Shinkansen versi Supreme, berdasarkan tren Shinkansen semasa. 

Tren Shinkansen Supreme ini akan bergerak pada kelajuan 300 km/j, namun hadir dengan pakej yang lebih ringan, jimat tenaga dan lebih selesa dengan kehadiran ruang kaki yang lebih luas, serta tambahan slot pengecasan untuk kegunaan penumpang. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kami juga buat program untuk membaik pulih sebahagian set yang sudah lama jadi ia boleh digunakan…
Informasi
Katanya, penaiktarafan sistem tiket atau Automatic Fare Collection (AFC) kini hampir selesai di…
Informasi
Jawatankuasa yang terlibat pada dasarnya bersetuju untuk meningkatkan kekerapan kereta api, menurut…