Jepun mahu Honda dan Nissan bergabung, tapi...

oleh Mohamad Hanif|
Cakap-cakap berkenaan gabungan dua gergasi automotif Jepun, Honda dan Nissan sudah pun bermula semenjak akhir tahun lalu, dan hasrat untuk melihat ia menjadi realiti sebenarnya hadir dari kerajaan Jepun itu sendiri.

Berdasarkan sumber yang rapat dengan isu semasa seperti yang dipetik oleh Financial Times, idea untuk menggabungkan Nissan dan Honda lahir dari penasihat Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe.

Individu tersebut khuatir keadaan Nissan bertambah buruk semenjak penangkapan bekas bos Carlos Ghosn pada tahun 2018, dan ia bakal memberikan kesan terhadap kerjasama Nissan-Renault itu sendiri.

Namun, projek yang bercita-cita tinggi itu ditolak oleh kedua-dua Honda dan Nissan, dan penyerangan wabak pandemik COVID-19 yang melanda dunia sekaligus melenyapkan hasrat murni kerajaan Jepun untuk melihat gabungan kedua-dua syarikat itu.

Laporan tersebut antara lain turut menyebut terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan Nissan dan Honda 'tidak serasi bersama'.

Penghalang utama adalah faktor kejuruteraan unik Honda untuk kenderaan-kenderaannya, menjadikannya sukar untuk menggunakan alat ganti dan platform dari Nissan dan juga rakan sepakatannya.

Selain daripada itu, kedua-dua gergasi Jepun itu memiliki model perniagaan yang ternyata berbeza, jadi idea penggabungan antara Honda dan Nissan bukanlah satu permulaan yang cukup baik.

Sumber: Financial Times

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat dari negara itu telah menghasilkan pelbagai jenis basikal dan motosikal elektrik yang…
Berita Global
Satu divisyen baharu akan ditubuhkan di bawah nama Electrification Business Development Operations…
Berita Global
  Jika ada yang terpesona dengan warna Nardo Grey, ketahuilah bahawa puluhan tahun dulu Honda…