Jepun mahu bina conveyor belt penghantaran dengan jarak 500km!

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Kebanyakan syarikat logistik di seluruh dunia pastinya menaruh harapan tinggi untuk menggunakan trak tanpa pemandu sepenuhnya yang mampu beroperasi sepanjang masa tanpa perlu tidur atau berehat.

Walaupun teknologi pemanduan berautonomi kini dilihat tidak mustahil, negara Jepun bagaimanapun mempunyai cadangan alternatif menarik, di mana mereka mahu membina conveyor belt penghantar sepanjang 500 km!

Menurut laporan South China Morning Post, projek baharu Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun itu bertujuan untuk menangani krisis logistik yang meningkat disebabkan oleh kekurangan pemandu penghantaran dan peningkatan permintaan pengangkutan.

 

2
Sumber Google

 

Projek yang diberi nama Autoflow Road itu akan menghubungkan semua kawasan antara Tokyo hingga Osaka untuk khidmat logistik yang cekap dan lebih pantas.

Laluan bagi conveyor belt automatik itu dirancang menggunakan laluan utama sedia ada atau terowong, mengikut saiz barang yang dihantar.

 

3
Sumber Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun

 

Dengan konsep operasi tanpa henti, sistem conveyor belt itu secara teorinya mampu menggerakkan jumlah kargo yang sama seperti 25,000 pemandu trak setiap hari.

Walaupun pelan bagi projek tersebut masih belum diteruskan, kerajaan Jepun dilapor akan menyasarkan pelancaran pada tahun 2034.

 

Bacaan penuh: South China Morning Post

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut data daripada Federal Chamber of Automotive Industries (FCAI), perubahan itu berlaku pada…
Berita Global
"Terdapat kemungkinan berlaku perubahan drastik dalam situasi di Asia Barat. Malah di luar wilayah…
Berita Global
Polis memaklumkan sekurang-kurangnya 10 kenderaan terbakar dalam kejadian itu, manakala usaha…