Jepun lancar perkhidmatan teksi autonomi pertama di dunia - bandar Tokyo sebagai perintis

oleh Mohamad Hanif|
Operasi teksi pandu sendiri atau teksi autonomi pertama di dunia akan bermula di tengah kota metropolitan Tokyo bermula Isnin minggu depan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Projek teksi autonomi pertama di dunia ini akan melibatkan laluan sepanjang 5.3 km berdekatan Stesen Tokyo dan berakhir di daerah Roppongi. 

 


Perkhidmatan teksi autonomi ini dibangunkan oleh pembuat robot yang berpangkalan di Tokyo, ZMP dan akan dioperasikan oleh syarikat Hinomaru Kotsu dengan pantauan secara berkala daripada pihak berkuasa metropolitan Tokyo. 

Buat masa ini, perkhidmatan ini hanya dihadkan kepada empat buah perjalanan untuk sehari dengan kos perjalanan sekitar 1,500 yen (RM55) untuk sehala, manakala tempahan pula perlu dibuat secara atas talian menerusi aplikasi telefon pintar. 

Menurut ZMP lagi, teksi autonomi ini akan mengurangkan kos operasi syarikat teksi masa kini dan pihak mereka sedang merancang untuk menambah jumlah kenderaan yang digunakan bersempena dengan Sukan Olimpik 2020.
 

 
Kesemua teksi yang digunakan mampu beroperasi sepenuhnya tanpa bantuan input daripada pemandu - membelok, menukar laluan dan berhenti dengan sendiri dan telah disahkan selamat untuk berada di atas jalan raya Tokyo. 

Walaubagaimanapun, bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, Hinomari Kotsu menyediakan seorang pemandu simpanan yang duduk di bahagian pemandu untuk mengambil alih operasi ketika keadaan memerlukan. 

Ketika menemu ramah salah seorang penumpang yang sudah mencuba perkhidmatan ini, beliau memuji tahap keselesaan yang ditawarkan ketika perjalanan dan menambah, "anda hampir terlupa ia sebuah teksi tanpa pemandu oleh kerana ia mampu menukar laluan dengan lancar sekali."

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
Operasi yang bermula Februari itu telah meningkatkan pengeluaran kilang tersebut sebanyak 70…
Berita Global
Ia berikutan dua kenderaan pandu sendiri mereka telah melanggar trak tunda yang sama selang…