Jepun lancar DMV - Bas yang boleh bertukar menjadi sebuah keretapi

oleh Mohamad Hanif|
Jepun bukan sahaja menjadi lokasi syarikat-syarikat besar automotif dunia, malah ia juga merupakan tempat yang mempunyai pelbagai jenis kenderaan yang pelik dan juga aneh.

Salah satu daripadanya merupakan Dual Mode Vehicle (DMV) berbentuk seperti sebuah bas yang biasa kita lihat di atas jalan raya.

Apa yang membezakannya dengan bas tipikal adalah kehadiran dua set roda keretapi bagi membolehkan bas-bas ini beroperasi atas laluan keretapi.
 

DMV


Proses 'pertukaran' roda ini hanya memakan masa kira-kira 15 saat sahaja, dan disebabkan ini DMV sesuai untuk diintegrasikan pada jaringan keretapi yang meluas di Jepun.

DMV mempunyai kelajuan sekitar 100 km/j di atas jalan tar, namun di atas rel keretapi, kelajuan tersebut dihadkan kepada 60 km/j sahaja.
 

DMV


Perkhidmatan DMV ini dilancarkan secara rasmi di Kaiyo, Tokushima dan setiap satu bas dua mod ini berupaya memuatkan sehingga 21 orang penumpang pada satu-satu masa.

Ia dikendalikan oleh Asa Coast Railway yang menghubungkan antara wilayah Tokushima dan Kochi sebagai tarikan pelancongan bagi membantu ekonomi bandar kecil yang penuh dengan populasi warga yang berusia.