Jepun, Indonesia kukuh kerjasama dalam sektor automotif

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Kerjasama antara Indonesia dan Jepun dalam industri automotif bakal diperkukuhkan lagi di dalam sektor pembuatan kenderaan elektrik (EV), bahan api neutral karbon dan bahan api bio, menurut laporan Bernama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kementerian Perindustrian Indonesia dalam satu kenyataan menyebut, usaha itu juga selaras dengan sasaran kerajaan untuk mengurangkan tahap pelepasan gas rumah hijau hampir 32 peratus menjelang 2030.

“Sebagai antara negara terbaik dalam industri automotif dunia, kami percaya kerjasama dengan Jepun dapat menyokong usaha kami ke arah mencapai neutral karbon,” kata pengarah elektronik dan jentera kementerian itu Taufiek Bawazier semasa Dialog Automotif Indonesia-Jepun keempat yang diadakan di sini baru-baru ini.

Taufiek turut berkongsi gambaran keseluruhan industri automotif negara, matlamat pembangunan EV dan industri bateri.

Wakil Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun (METI) dan pengeluar kereta Jepun turut menghadiri sesi dialog itu.

Sementara itu, Enomoto Masato, pengerusi Asia Experts Group di Japan Automotive Manufacturers’ Association Asia mencadangkan ‘pendekatan pelbagai laluan’ untuk mencapai ‘pelepasan karbon sifar’ di Indonesia.

Berdasarkan data daripada Persekutuan Automotif ASEAN (AAF), jumlah jualan kereta Indonesia adalah berjumlah 1,048,000 unit pada tahun 2022 berbanding 887,202 unit pada tahun 2021, diikuti dengan pertumbuhan 31 peratus dari segi pengeluaran kepada 1,470,146 unit berbanding 1,121,967 unit pada tahun sebelumnya.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan merupakan perintis kenderaan elektrik (EV) dengan Leaf berkuasa bateri, tetapi telah diatasi…
Berita Global
Jurutera syarikat Mitsubishi Logisnext berkata, beliau menerima banyak pertanyaan mengenai forklift…
Berita Global
Motosikal khusus untuk latihan lesen itu akan dikenali sebagai NX400L, di mana ianya bakal…