Bukan sahaja tenaga bahan api tersebut digunakan untuk menyalakan obor api Olimpik, malah ia akan menjadi tenaga utama untuk 100 unit bas bertenaga hidrogen untuk kegunaan para atlit Sukan Olimpik dan juga Sukan Paralimpik 2020.
Kesemua 100 unit bas sel bahan api hidrogen tersebut dioperasikan sepenuhnya oleh Toyota Motor Corporation.
Menurut ketua unit strategi penggunaan hidrogen dan sel bahan api di Kementerian Industri, Perdagangan dan Ekonomi Jepun, Toshiyuki Shirai berkata, "Sukan Olimpik merupakan medan yang sesuai untuk memperlihatkan Jepun sebagai peneraju teknologi hidrogen.
Stesen pengisian bahan api hidrogen di Tokyo dibina bersama oleh Tokyo Gas Co. dan Japan H2 Mobility.
Menurut Tokyo Gas, stesen terbaharu itu merupakan lokasi pengisian hidrogen yang ke-112 dan terbesar setakat ini di negara Jepun.
Ia mampu menyalurkan bekalan hidrogen sebanyak 300 ribu liter hidrogen per jam.
Sumber: Bloomberg