Jepun guna Euro 5, 'Japanese Big Four' akan kurangkan 10 peratus penawaran model tahun ini

oleh Mohamad Hanif|
Empat syarikat pengeluar motosikal terkemuka Jepun baru-baru ini mengumumkan akan menghentikan penawaran sehingga 10 peratus model sedia ada disebabkan standard emisi yang semakin ketat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan Nikkei, Honda, Yamaha, Suzuki dan Kawasaki akan menamatkan kira-kira 10 peratus daripada 190 model yang ada pada ketika ini, di mana antara model motosikal yang terjejas adalah seperti berikut:

Honda - 10 buah model termasuklah CB400 Super Four, skuter Benly, Gold Wing
Suzuki - sekurang-kurangnya lima daripada 20 model termasuklah GSX250R
Yamaha - dua model daripada siri FJR1300

Sementara Kawasaki Motors, subsidiari Kawasaki Heavy Industries pula telah pun menghentikan penawaran beberapa buah motosikal bersaiz penuh pada tahun lalu.
 

Goldwing


Laporan Nikkei menyebut, peraturan emisi baharu Jepun adalah berdasarkan undang-undang emisi Euro 5 yang diperkenalkan pada Januari 2020, di mana ia memerlukan pengurangan emisi nitrogen oksida sehingga 33 peratus.

Untuk itu, pengeluar motosikal perlu memasang komponen penukar bermangkin (catalytic converter) yang dinaiktaraf, atau tampil dengan enjin yang telah direka semula yang dilihat akan menelan belanja yang agak besar.

Sama seperti pengeluar automotif, pengeluar motosikal juga turut dilihat mengikut jejak langkah elektrifikasi di mana Honda akan menawarkan model berelektrik untuk kesemua model menjelang 2040, manakala Yamaha pula menyasarkan 90 peratus terdiri daripada model plug-in pada tahun 2040.

Kawasaki pula berazam untuk menjual hanya motosikal elektrik dan hibrid di negara-negara maju pada tahun 2035, dan sebelum itu mereka akan menjual lebih daripada 10 motosikal elektrik dan hibrid menjelang 2025.

Sumber: Nikkei Asia