Jepun cantas lebih sejuta unit kenderaan dari unjuran asal

oleh HEZERI SAMSURI|
Enam syarikat automotif gergasi Jepun, termasuk Toyota akan membuat pengurangan melebihi dari 1 juta unit kepada unjuran penghasilan kenderaan mereka untuk tahun fiskal sekarang.

Ini adalah pengurangan yang sama seperti tahun lalu kerana wabak pandemik coronavirus yang melanda seluruh dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Punca utama ialah kesan wabak itu di Asia Tenggara, pembekal utama semikonduktor untuk kenderaan-kenderaan dari jenama Jepun dan pengurangan unjuran itu akan turut dirasai oleh pembuat kenderaan dari Eropah dan US.

Toyota contohnya telah memotong unjuran untuk tahun fiskal ini yang berakhir pada Mac 2022 sebanyak 3 peratus kepada 9 juta unit.

Nissan pula akan menurunkan pembuatan kenderaannya sebanyak 250,000 unit sementara Honda Motor menjangkakan jualan akan berkurangan sebanyak 150,000 unit kerana masalah yang sama.

Suzuki mengalami penurunan terbesar sebanyak 10 peratus atau 350,000 unit berbanding dari tahun lepas. 

Ia masih mencari-cari sumber pembekal semikonduktor dan terpaksa menggantungkan operasi pemasangan kenderaannya di Jepun, Thailand dan Hungary kerana isu itu.

India, pasaran terbesar untuk syarikat itu turut mengalami masalah yang sama di mana ia cuma beroperasi sebanyak 40 peratus dari biasa.

Mazda, Mitsubishi dan Subaru juga telah mengumumkan pemotongan unjuran masing-masing dan jumlah penurunan keseluruhan dari kesemua enam syarikat itu ialah sebanyak 1.05 juta unit kenderaan.

Asia Tenggara sebenarnya adalah antara hab terpenting untuk produksi semikonduktor bagi semikonduktor.

Bosch contohnya mempunyai tujuh operasi di Asia Tenggara dan Continental  juga mempunyai beberapa operasi yang sama.

Infinion Technologies di Melaka telah menutup kilangnya selama 20 hari pada bulan Jun lali kerana kekurangan semikonduktor untuk stereng dan brek kenderaan.

Kajian dari firma kajiselidik US berkata produksi kenderaan global untuk 2021 akan berkurangan sebanyak 80 juta unit, enam peratus lebih rendah dari jangkaan awal.

Ia bermakna pengurangan jualan sebanyak US$130 bilion.

* Laporan penuh di Nikkei Asia

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan merupakan perintis kenderaan elektrik (EV) dengan Leaf berkuasa bateri, tetapi telah diatasi…
Berita Global
Jurutera syarikat Mitsubishi Logisnext berkata, beliau menerima banyak pertanyaan mengenai forklift…
Berita Global
Motosikal khusus untuk latihan lesen itu akan dikenali sebagai NX400L, di mana ianya bakal…