Jepun berharap Tesla melabur dalam Nissan

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Kumpulan berperingkat tinggi Jepun yang termasuk bekas Perdana Menteri negara itu merangka rancangan untuk Tesla melabur dalam Nissan selepas pembatalan rundingan penggabungannya dengan Honda, kata Financial Times.

Kumpulan itu berharap, Tesla milik Elon Mask akan menjadi pelabur strategik, malah percaya syarikat itu berminat untuk membeli kilang Nissan di Amerika Syarikat (AS), menurut laporan itu.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Cadangan itu diketuai oleh bekas ahli lembaga Tesla, Hiromichi Mizuno dengan sokongan daripada bekas Perdana Menteri, Yoshihide Suga dan bekas pembantunya, Hiroto Izumi, kata akhbar itu, dengan memetik sumber.

Pejabat Suga berkata, ia tidak mengetahui rancangan untuk menarik Tesla melabur dalam Nissan.

Suga berundur sebagai Perdana Menteri pada 2021, tetapi kekal sebagai ahli Dewan Rendah Jepun, mewakili kawasan pilihan raya di wilayah asal Nissan di Kanagawa.

Nissan enggan mengulas mengenai laporan itu, manakala Tesla tidak menjawab permintaan untuk komen.

Reuters tidak segera dapat menghubungi Izumi dan Mizuno.

Saham Nissan ditutup naik 9.6 peratus selepas laporan FT.

Pembuat kereta itu dan Honda menamatkan perbincangan untuk membentuk syarikat kereta bernilai AS$60 bilion minggu lalu.

Nissan berkata, ia akan mencari perkongsian baharu.

Menurut FT, beberapa ahli lembaga pengarah Nissan telah mencadangkan Tesla dan Apple sebagai pelabur strategik yang ideal.

Apple tidak menjawab permintaan untuk komen.

Sumber memberitahu Reuters bahawa Nissan terbuka untuk bekerjasama dengan rakan kongsi baharu, dengan Foxconn Taiwan dilihat sebagai satu calon.

Ketua Pegawai Eksekutif Nissan, Makoto Uchida, berkata minggu lalu bahawa Nissan dan Foxconn tidak mengadakan perbincangan di peringkat pengurusan.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pelancaran Frontier Pro menandakan satu era baharu untuk Nissan, memandangkan ini adalah trak…
Berita Global
"Sebagai sebahagian daripada semakan semula tinjauan, Nissan menjangkakan untuk melaporkan kerugian…
Berita Global
Perjanjian Kerangka Perjanjian Kerangka yang ditandatangani pada 31 Mac berfungsi sebagai rangka…