Jepun bakal henti penjualan kereta petrol, diesel menjelang 2035

oleh Mohamad Hanif|
Jepun berazam untuk menghentikan penjualan kenderaan berenjin petrol dan diesel dalam masa kira-kira 15 tahun lagi selari dengan hasrat kerajaan tersebut untuk menjadi negara bebas karbon menjelang 2050.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelan perancangan tersebut telah diumumkan oleh Perdana Menteri Yoshihide Suga pada minggu lalu di mana beliau menyeru industri automotif untuk mencapai sasaran sifar karbon menjelang tahun 2030-an dengan memperkasakan tenaga boleh diperbaharui dan hidrogen.

Tambah beliau lagi, pelaburan ke arah negara yang lebih hijau tidak sewajarnya dilihat sebagai satu beban, akan tetapi satu peluang untuk pertumbuhan yang lebih mampan.

Menurut laporan daripada CBS News, strategi Jepun merangkumi pelbagai sektor serta mengunjurkan peningkatan sebanyak 30-50 peratus terhadap permintaan tenaga elektrik, selain menyeru peningkatan terhadap penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui dan kuasa nuklear.

 


Untuk menggalakkan lagi penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui, kerajaan Jepun akan memberikan insentif cukai, serta sokongan yang berkaitan di mana Perdana Menteri Jepun menjangkakan pertumbuhan tahunan sebanyak 90 trillion yen (RM3.52 trillion) menjelang 2030 dan 190 trillion yen (RM7.43 trillion) menjelang 2050.

Namun, langkah Jepun yang dilihat mahu mencontohi negara Eropah tidak diterima dengan baik malah Presiden Toyota Akio Toyoda itu sendiri tidak begitu gembira dengan perubahan trend yang menyebelahi EV pada ketika ini.

"Apabila ahli politik di luar menyebut, 'mari hapuskan kereta petrol', adakah mereka faham apa yang diperkatakan?" Akio Toyota bertanya ketika satu sidang anjuran Japan Automobile Manufacturers Association baru-baru ini.

Sumber: CBS News

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan merupakan perintis kenderaan elektrik (EV) dengan Leaf berkuasa bateri, tetapi telah diatasi…
Berita Global
Jurutera syarikat Mitsubishi Logisnext berkata, beliau menerima banyak pertanyaan mengenai forklift…
Berita Global
Motosikal khusus untuk latihan lesen itu akan dikenali sebagai NX400L, di mana ianya bakal…