Jepun akan kejar - kes Carlos Ghosn lari ke Lebanon

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Keadilan Jepun, Masako Mori semalam menegaskan bahawa kerajaan Jepun menganggap tindakan Carlos Ghosn, bekas ketua Nissan, melarikan diri untuk mengelak dari menghadiri perbicaraan adalah salah di sisi undang-undang.

Mori berkata Jepun tidak mempunyai rekod Ghosn meninggalkan negara itu, dan percaya beliau pergi secara haram.

Ghosn diseludup keluar ke Beirut, Lebanon minggu lalu menggunakan cara dan taktik yang selalu dilihat terjadi di dalam filem Hollywood.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

\Walaupun beliau diperintah berkurung di rumah, kerajaan Jepun tetap membenarkan Ghosn keluar masuk dari rumah beliau selepas Ghosn membayar ikat jamin berjumlah US$14 juta.

Menurut NHK, penyiar awam Jepun, Ghosn juga dikatakan dibenarkan memegang pasport Perancisnya.

Mori juga berkata proses imigresen dan keselamatan di lapangan terbang akan diperketatkan.

Mori turut menambah kerajaan Jepun mungkin akan meminta kerajaan Lebanon untuk menyerahkan Ghosn kembali ke Jepun untuk diadili.

Bekas Naib Pengerusi General Motors, Bob Lutz berpendapat Ghosn mempunyai masalah ego atau "God Complex" dan "wabak CEO" kerana percaya dirinya (Ghosn) mempunyai kuasa mutlak dan tidak perlu akur kepada undang-undang.

Ghosn dipercayai memegang tiga kerakyatan - Brazil, Perancis dan Lebanon.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Fox Business, Ghosn menyatakan ramai pihak di dalam Nissan tidak menyukai…
Berita Global
Veteran tentera U.S Army Special Forces Michale Taylor dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun…
Berita Global
Veteran Pasukan Khas Tentera Amerika Syarikat, Michael Taylor dan anaknya Peter berada di mahkamah…