Jentera SF21 - senjata Ferrari hadapi musim F1 2021

oleh Mohamad Hanif|
Musim perlumbaan 2020 mungkin merupakan tahun yang kurang bernasib baik buat pasukan F1 Ferrari apabila sekadar menduduki tangga keenam dengan pungutan 131 mata, jauh di belakang pesaingnya seperti Mercedes, Red Bull dan McLaren.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tahun ini, Ferrari mendedahkan senjata utama mereka iaitu SF21 yang baharu sahaja diperkenalkan beberapa hari sebelum ujian pra-musim bermula.

 


Dari segi penampilkan, jentera SF21 ini ini dilayangkan dengan rekaan liveri baharu, di mana bahagian belakang menampilkan bayangan gelap burgundy, sementara selebihnya pula dilayangkan dengan warna matte red yang cerah.

Logo Mission Winnow juga kini didatangkan dalam warna hijau.

 


Selain daripada itu, Ferrari sebenarnya telah memberikan tumpuan terhadap aspek aerodinamik terutama di bahagian belakang, sayap hadapan baharu, konsep hidung baharu, serta menala kembali kotak gear, dan sistem suspensi.

Sentuhan juga diberikan terhadap nadi kuasa 1.6 liter bentangan V6 turbo itu dengan meningkatkan tahap kecekapan haba (dengan bantuan Shell) di mana ia mampu "memberikan penambahbaikan terhadap masa pusingan sebanyak 0.1 saat".

 


Jentera Ferrari SF21 ini akan membuat kemunculan rasmi di litar Bahrain untuk melengkapkan ujian sejauh 100 km.

Untuk tahun ini, Ferrari menggandingkan Charles Leclerc dengan Carlos Sainz Jr.

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Informasi
Pada tahun 2016, Ferrari mendakwa ia mempunyai jumlah pelanggan tiga kali lebih ramai daripada…
Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…