Jentera Scania kini boleh beroperasi menggunakan Diesel B10

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh Scania (Malaysia) Sdn Bhd, mereka mengesahkan kesemua kenderaan jenama Scania yang dijual di Malaysia boleh menggunakan bahan api diesel B10 tanpa sebarang pengubahsuaian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Walaupun dengan menggunakan B10 - 10% biodiesel dan 90% diesel normal - perlindungan jaminan masih lagi berjalan seperti biasa dan ia tidak akan memberikan kesan kepada pelanggan sedia ada. 

Ini bermaksud, tiada sebarang penambahan prosedur standard atau kekerapan kepada penyelenggaraan berkala termasuklah apa jua penambahan kos operasi yang diperlukan bagi menggunakan bahan api B10 ini. 

Menurut Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara, Marie Sjödin Enström berkata, "Scania akan meneruskan usaha untuk membekalkan penyelesaian terhadap pengangkutan yang mampan, supaya para pelanggan kami mampu menikmati lebih keuntungan (terhadap variasi bahan api) di samping menjadi sebuah syarikat yang lebih mesra alam menerusi pengurangan emisi CO2."