Jentera rasmi Formula E Tag Heuer Porsche - Porsche 99X Electric diperkenalkan

oleh Mohamad Hanif|
Dua tahun lalu, Porsche meninggalkan perlumbaan Le Mans bagi memberikan fokus kepada Formula E, dan kini pasukan lumba tersebut mempunyai jentera rasmi, dikenali dengan nama Porsche 99X Electric.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Porsche bekerjasama dengan syarikat jam tangan terkemuka, Tag Heuer, dan pasukan baharu ini dikenali dengan nama rasmi Tag Heuer Porsche Formula E. 
 


Sama seperti jentera pasukan lain yang bertanding, jentera Porsche 99X menggunakan casis standard Gen II, pek bateri, tayar, brek, roda dan juga sistem suspensi yang telah ditetapkan. 

Kuasa juga turut dihadkan kepada 335 kuasa kuda di dalam pusingan kelayakan dan kemudian diturunkan kepada angka 287 kuasa kuda di dalam pusingan perlumbaan. 

Apa yang membezakan antara jentera Porsche dengan pasukan lain adalah sistem trenkuasa elektrik yang diambil secara terus daripada Porsche Taycan, iaitu sistem teras 800-voltan yang telah diuji ketahanan dan reliabiliti sejak Mac lalu. 
 


Menurut Porsche, mereka telah melakukan fasa pengujian di dua litar lumba di Sepanyol, di mana sebuah lagi ujian akan dibuat sekali lagi dalam masa terdekat bagi menguji tahap prestasi dan keberkesanannya. 

Akhir sekali, Porsche 99X Electric telah memberikan layangan warna tradisi divisyen permotoran Porsche iaitu warna merah, hitam dan juga putih. 
 


Jentera Porsche 99X Electric ini akan dipandu oleh dua bekas pelumba pengilang, iaitu Neel Jani dan juga Andre Lotterer yang akan membuat kemunculan rasmi di pembukaan Formula E di Valencia pada Oktober nanti. 

Selain daripada Porsche, terdapat enam lagi pengeluar yang bakal bertanding di dalam Formula E termasuklah Audi, BMW, Jaguar, Mahindra, Mercedes-Benz dan juga Nissan. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…