Jentera rali Proton Satria Neo Millington 2500 cc untuk dijual - RM412 ribu sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Masihkah anda ingat Proton Satria Neo S2000 yang pernah suatu ketika dahulu mengharumkan nama Proton di persada dunia rali?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini bukanlah model sebenar yang anda inginkan, akan tetapi ia merupakan sebuah jentera rali sebenar yang boleh anda miliki dan ia sebenarnya memang untuk dijual menerusi laman web Motorsports Auction.

Jika Proton Satria Neo S2000 didatangkan dengan nadi 1.8 liter yang dinaiktaraf menjadi enjin 2.0 liter (278 hp) daripada Renault, Satria Neo rali berwarna putih ini hadir dengan enjin yang berbeza.

 


Menurut spesifikasi yang diberikan, Proton Satria Neo Millington 2500 ini didatangkan dengan enjin Diamond Millington bersesaran 2,500 cc yang mampu menghamburkan sehingga 359 PS dan daya kilas maksimum 345 Nm!

Jentera yang sememangnya dikhususkan untuk perlumbaan ini telah pun mengharungi dua perlumbaan di mana enjin dan kotak gear telah pun diperiksa dengan teliti oleh pihak MEM Motorsports.

 


Selain daripada itu, Satria Neo Millington 2.5 liter ini turut dilengkapi dengan set brek baharu daripada AP, dan cat juga turut dikemaskan oleh pihak MEM Motorsports.

Sebagai makluman, jentera ini bukan calang-calang apabila berjaya mencatatkan tiga masa teratas mengalahkan jentera-jentera WRC dan R5!

Malah, pihak pengiklan turut memberikan sedikit 'amaran' bahawa kereta ini bukanlah untuk mereka yang main-main. "Serious buyers only, no time wasters".

 


Harga jualan juga sememangnya bukan untuk golongan itu tadi, ini kerana pihak pengiklan meletakkan harga jualan bermula dari £85,000 (RM412,138*).

Nak murah mana lagi?

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, kejadian dilaporkan jam 4.10 petang sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan…