Jentera rali Impreza S6 penuh dengan parut pertempuran kini untuk dijual - dari RM2.3 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda mencari-cari sebuah cebisan sejarah perlumbaan rali Subaru yang asal, sediakan duit yang secukupnya untuk mendapatkan sebuah jentera rali Impreza S6 dengan liveri ikonik Subaru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini kerana jentera ini masih lagi mengekalkan kesan-kesan parut pertempuran yang dihadapi sewaktu dikendalikan oleh mendiang Richard Burn ketika musim WRC tahun 2000.

 


Pada ketika itu, Richard Burns menyertai dan melengkapkan beberapa perlumbaan seperti Tour de Corse, Rallye Sanremo dan Network Q Rally of Great Britain, malah beliau turut berjaya memenangi Network Q Rally secara keseluruhan.

Selepas kemenangan tersebut, jentera ini berjaya dimasukkan ke dalam koleksi garaj, dan pemiliknya pada ketika itu mahu mengekalkan keadaan asal yang penuh dengan kesan perlumbaan.

 


Disebabkan itu anda boleh melihat sendiri kesan-kesan kerosakan yang terdapat pada skirt sisi, cermin sisi yang hilang, serta beberapa kerosakan fizikal yang lain.

Namun dalam masa tiga tahun, pemilik terdahulu Impreza S6 ini telah memastikan aspek mekanikal jentera ini kekal terjaga bagi memastikan ia mampu menunjukkan prestasi yang cemerlang, terutama ketika acara pertunjukan.

 


Bidaan terhadap Subaru Impreza S6 ini dikendalikan oleh Collecting Cars dengan harga bermula dari £400,000 (RM2,343,889).

Ketika artikel ini ditulis, masih lagi berbaki 8 hari sebelum ia diserahkan kepada pemilik seterusnya, jadi bagi mereka yang berminat boleh segera berkunjung ke laman web Collecting Cars untuk meletakkan bidaan mereka.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Setiap satu dijual pada harga bermula dari €42,490 (RM216,333).   Toyota GR Yaris WRC boleh…
Sukan Bermotor
Pengeluar yang sinonim dengan enjin boxer itu menarik diri daripada WRC pada tahun 2008 atas alasan…
Sukan Bermotor
Subaru Motorsports USA baru-baru ini memperlihatkan jentera ampuh yang bakal digunakan untuk musim…