Jentera pertama Bugatti Chiron mendarat di Singapura - kekal status sebagai unit pameran

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Singapura bukanlah satu tempat terbaik untuk mendaratkan salah sebuah supercar terpantas di dunia, memandangkan jarak jalan raya yang terhad dan pelbagai lagi halangan (baca: cukai) yang dikenakan kepada pemilik kenderaan.

Namun, itu semua tidak menghalang seorang pemilik yang super-duper kaya untuk membawa masuk Bugatti Chiron pertama di Asia Tenggara ini ke tanah Singapura. 

Bugatti Chiron ini dilayangkan warna dua tona terdiri daripada warna Atlantic Blue dan French Racing Blue. 
 


Ia merupakan salah sebuah daripada 20 unit jentera terpantas yang akan dihantar kepada para pemiliknya di sekitar rantau Asia. 

Paling menyedihkan, jentera 1,200 hp tidak akan dipandu di sepanjang jalan raya Singapura yang baik sedikit dari jalan Malaysia, memandangkan ia hanya akan disimpan di ruang fasiliti dengan kawalan suhu di Wearnes Automotive.

Bugatti Chiron hanya akan dibina sebanyak 500 unit sahaja dan 75% daripadanya sudah pun menemui para pemiliknya masing-masing. 
 


Apalah sedih benar nasib kau Chiron!

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia termasuklah dari apa yang kita lakukan di atas jalan raya, di mana kita perlu berkongsi antara…
Berita Global
Kamera lampu merah yang ditempatkan di simpang jalan raya terpilih akan digunakan untuk mengesan…
Informasi
  Dalam satu kenyataan, ICA berkata pengembara juga memerlukan pasport mereka untuk pengesahan…