Jentera M berkuasa elektrik baharu akan hadir tahun ini - EV atau hibrid?

oleh Mohamad Hanif|
Menghampiri usia 50 tahun semenjak awal penubuhan, BMW M nampaknya mempunyai jadual yang agak sibuk untuk tahun 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berdasarkan satu siaran media, BMW sedang mempersiapkan diri untuk memperlihatkan sebuah model M pertama yang bakal dikuasakan oleh tenaga elektrik menjelang pertengahan tahun ini.

Hal tersebut didedahkan berdasarkan satu video ringkas yang menarik, menampilkan sebuah pikap M3 E92 yang mempunyai mesej pada pintu "26 2021", "Electric" dan "M Town".

 


Kata kunci yang terpapar itu berkemungkinan besar merupakan satu petunjuk sebuah model baharu akan dilancarkan pada minggu ke-26 2021.

Sayang sekali, BMW tidak mendedahkan secara rasmi identiti model baharu itu, namun memberikan satu lagi petunjuk, "M GmbH akan mempersembahkan sebuah jentera prestasi yang dikuasakan oleh elektrik buat kali pertama."

Tanpa sebarang informasi lanjut, agak sukar untuk meneka adakah model baharu ini merupakan sebuah EV atau jentera hibrid berprestasi tinggi, namun yang pasti ia bakal dilancarkan serentak dengan jentera M4 Convertible ketika musim panas nanti.

 


Memetik laporan daripada laman web BMWBlog tahun lalu, bos BMW M Markus Flasch mengesahkan divisyen tersebut sedang membangunkan sebuah kereta elektrik M berdasarkan model elektrik BMW i4.

"Tahun hadapan (2021) kami akan melancarkan sebuah jentera M elektrik, dan setelah itu disusuli dengan jentera hibrid dan kereta berprestasi tinggi," ujar beliau lagi.

BMW i4 secara asasnya merupakan sebuah sedan coupe empat pintu yang dibangunkan berdasarkan model 4-Series dengan trenkuasa elektrik yang terdiri daripada motor elektrik tunggal berkuasa 530 hp, sistem pacuan roda belakang, dan pek bateri 80 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 600 km.

 

gambaran artis semata-mata


Bagi mereka yang menantikan kehadiran BMW M3 Touring, wagon pertama yang memakai lencana M itu akan muncul selewat-lewatnya tahun 2022 dan dilancarkan secara eksklusif dalam varian Competition, menampilkan enjin inline-6 3.0 liter turbo berkembar yang menghasilkan 503 hp dan 650 Nm.

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…
Berita Global
Biarpun dengan enjin bersesaran lebih kecil, namun dengan bantuan motor elektrik C 63 S E…
Berita Global
Berita ini secara tidak langsung mengesahkan laporan terdahulu di mana BMW akan melancarkan sebuah…