'Jentera' Lamborghini paling murah di pasaran - RM6 ribu sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat gergasi elektronik China, Xiamoi telah pun melancarkan sebuah produk yang boleh dipandu - iaitu go kart - namun ia bukanlah go kart yang biasa kita lihat di pasaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Xiaomi lagi, Ninebot GoKart Pro ini telah menerima input-input berguna daripada Lamborghini Automobili - dan oleh sebab itu namanya agak panjang, Ninebot GoKart Pro Lamborghini Edition.

 


Dari segi luaran, ia membawakan skruktur sayap seakan kereta Formula 1, tempat duduk yang ergonomik, serta layangan warna kuning Lamborghini, serta tampalan lencana dan pelekat daripada syarikat supercar Itali itu.

Ia membawakan pek bateri berkapasiti 432Wh yang membenarkan anda untuk melenjan go kart ini pada litar sejauh 400 meter sebanyak 62 kali pusingan pada kelajuan sekitar 40 km/j.

 


Xiaomi juga telah memasang tayar kustom yang membolehkan anda melakukan aksi drift menggunakan go kart ini, serta sistem profil bunyi enjin yang boleh menghasilkan ngauman enjin V10 atau V12 sebenar Lamborghini!

Harga jualan pula bermula dari 9,999 yuan, atau RM6,032.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jangkaan untuk model EV itu semakin meningkat sejak Xiaomi melancarkan kenderaan itu pada Disember…
Berita Global
Seperti biasa, spesifikasi ringkas EV pertama Xiaomi itu kini tersedia menerusi laman web…
Berita Global
Mereka dijangka akan melancarkan model EV pertama pada tahun 2024, di mana anda boleh melihat model…