Jentera gergasi perlombongan dengan trenkuasa sel bahan api berkuasa 1 MWh!

oleh Mohamad Hanif|
Anglo American dan Williams Advanced Engineering (WAE) telah bekerjasama bagi membangunkan sebuah jentera perlombongan berkuasa elektrik dengan bantuan sel bahan api hidrogen, bertujuan untuk mengurangkan jejak karbon bagi industri perlombongan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jentera gergasi ini akan dilengkapkan dengan pek bateri lithium-ion berkapasiti 1,000 kWh (1 MWh) yang dibangunkan oleh WAE. 

Kapasiti bateri ini sahaja sudah jauh melebihi storan tenaga yang dipasangkan pada kenderaan elektrik terbesar di dunia pada ketika ini, eDumper dari Switzerland!

Penggunaan sel bahan api hidrogen serta tangki bahan api hidrogen pula akan dipasang bagi menjana tenaga tambahan kepada kuasa elektrik yang dihasilkan daripada pek bateri lithium-ion itu tadi. 

Tenaga yang terhasil pula akan dikitar semula menggunakan sistem brek regeneratif terutama ketika sedang menuruni bukit. 

Ujian permulaan akan dilakukan di Afrika Selatan dalam tahun ini, demi memenuhi komitmen untuk mengurangkan emisi karbon sebanyak 30 peratus menjelang tahun 2030.