Jentera F1 Michael Schumacher pecahkan rekod lelongan

oleh Penyumbang Rencana|
Sebuah kereta Ferrari yang dipandu legenda Formula Satu (F1), Michael Schumacher untuk memenangi Kejohanan Dunia 2003, dijual pada harga lebih AS$13 juta (RM61.2 juta) dalam lelongan di Geneva pada Rabu lalu.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

“Kereta luar biasa ini mencatat rekod dunia untuk harga jentera F1 era moden,” kata jurulelong firma Sotheby’s selepas kereta dinamakan F2003-GA, Chassis 229 itu dijual pada harga AS$13.2 juta (RM62.1 juta).

Rekod sebelum ini milik kereta Ferrari lain yang dipandu Schumacher iaitu model F2001. Jentera lumba itu telah dijual pada harga AS$7.5 juta (RM35.23 juta) oleh Sotheby’s semasa lelongan di New York dalam tahun 2017.

Harga terakhir yang telah ditawarkan oleh seorang pembida melalui telefon selepas perang bidaan berlangsung lebih 40 minit. Harga itu jauh melebihi jangkaan Sotheby’s yang me­nganggarkan harga jualan kereta itu sekitar AS$9.6 juta (RM45.2 juta).

F2003-GA merupakan ‘salah satu kereta F1 yang paling utama sepanjang zaman’, kata jurulelong Sotheby’s.

Schumacher telah berlumba sebanyak sembilan kali menggunakan kereta tersebut dan memenangi lima Grand Prix pada musim 2003 termasuk merangkul kejuaraan di Jepun.

Legenda F1 itu tidak muncul di khalayak ramai sejak mengalami kecederaan serius dalam kemalangan ski pada 2013.

“Ia adalah salah satu Ferrari dengan kemenangan terbanyak dalam sejarah pembina, jadi ia kereta yang sangat penting dalam sejarah perlumbaan permotoran,” kata Vincent Luzuy, daripada cawangan Sotheby’s yang berurusan dalam penjualan kereta mewah.

– CNN

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…
Berita Domestik
Pusat pameran seluas 3,826 kaki persegi itu menyediakan ruang pameran yang dapat memuatkan dua buah…
Pelancaran
Dimensi Ferrari Purosangue membawakan ukuran sepanjang 4,973 mm, lebar 2,028 mm, tinggi 1,589 mm…