Jentera drift Supra 1,000 hp ini tampil dengan panel badan daripada gentian karbon + Kevlar!

oleh Mohamad Hanif|
Ringan merupakan salah satu senjata utama yang diperlukan di dalam perlumbaan, dan contoh yang dibawakan pada kali ini ternyata satu jentera yang cukup unik di mana ia menampilkan gandingan panel badan daripada gentian karbo dan Kevlar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jentera drift Toyota GR Supra ini dimiliki oleh HGK Racing Team dan pembinaan drift missile ini mengambil masa kira-kira 12 bulan untuk disiapkan.

 


Bermula dari sebuah GR Supra standard, segala hasil kerja badan asal telah pun dibuang dan digantikan dengan penggunaan bahan yang ringan, gandingan antara gentian karbon dan Kevlar yang memberikan penampilan warna gelap seakan kuning/hijau.

Selain daripada itu, fender depan dan belakang juga telah direka semula, selain menempatkan tambahan skirt sisi, dan rekaan bampar depan dan belakang yang unik.

 


Untuk memastikan berat badan yang minimum, pihak HGK Racing juga turut menggantikan kaca tingkap dengan bahan Lexan.

Enjin asal BMW telah dihukum buang daerah dan digantikan dengan nadi enam silinder sebaris yang memiliki sijil kelahiran Toyota, 2JZ-GTE.

 


Nadi 2JZ-GTE tersebut tidak dibiarkan standard, sebaliknya telah diolah semula dengan penggunaan dua unit turbo dan naiktaraf yang membolehkan ia menghamburkan angka setinggi 1,000 hp!

Kuasa tersebut disalurkan kepada roda belakang jentera drift ini menerusi transmisi sekuential Samsonas dengan klac dwi-cakera.

 


Untuk kawalan aksi pemanduan senget yang lebih meyakinkan, pihak HGK Racing Team telah memasang sistem suspensi yang unik, kolum stereng baharu dan sistem pemberhentian daripada Wilwood.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model pembuka selera untuk SEMA 2022 sudah pasti disandang oleh barisan kereta sports pacuan roda…
Sukan Bermotor
Tidak lama selepas pengenalan hot hatch GR Yaris ke dunia, Daigo Saito tidak melepaskan peluang…