Jentera drift N. Taniguchi - Toyota Supra HKS, enjin 2JZ-GTE, 690 hp, 884 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mungkin semasa artikel ini ditulis, masih ada sesetengah peminat sejati Toyota Supra yang masih mahu mengecam tindakan Toyota berkongsi platform dengan BMW bagi menghasilkan Toyota Supra generasi baharu. 

Di pihak yang lain pula, mereka tidak mahu sebuah Toyota dengan nadi BMW, dan 'berkeras' dengan reputasi nadi enjin enam silinder sebaris terbaik di dunia - 2JZ-GTE. 

 


Memang tidak dapat dinafikan, ia merupakan enjin lagenda, dan ia tidak akan lari dari imej yang selalunya menjadi bayangan bagi Toyota Supra. 

Sebagai jawapan penutup mulut bagi golongan yang disebutkan tadi, inilah dia jentera drift Toyota Supra HKS. 


Bakal dikemudikan oleh pelumba handalan Nobuteru Taniguchi (siapa yang tidak kenal, sila Google), Toyota Supra HKS ini dikuasakan oleh enjin 2JZ-GTE, kit turbo HKS GTIII-4R dan sesaran asal meningkat kepada 3.4 liter. 

Hasilnya, terima kasih kepada penggunaan turbo HKS, Toyota Supra ini mampu menjana kuasa tertinggi 690 kuasa kuda dan 884 Nm daya kilas!

 


Bagi memastikan pengendalian ketika pemanduan drift dilakukan, sistem suspensi Supra ini turut menerima talaan daripada Hipermax, serta penggunaan tayar daripada Advan. 

Dan ditangan pelumba drift seperti Nobuteru Tanuguchi, anda akan membayangkan Supra ini dengan drift angle yang menarik dan mampu meledakkan tahap adrenalin dalam salur darah anda. 

 


HKS akan membawa jentera drift ini pada acara Goodwood Festival of Speed pada 4-9 Julai nanti. 
 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Jenama seperti Mercedes-AMG, BMW M dan Hyundai N sudah mula menumpukan perhatian terhadap kenderaan…
Berita Global
Namun, ia tidak pernah menghalang beberapa syarikat penala untuk terus meneroka potensi sebenar hot…
Berita Global
Jentera baharu ini diperlihatkan menerusi satu hantaran yang dibuat oleh laman web automotif…