Jentera bomba yang paling comel kini berkhidmat di Jerman!

oleh Mohamad Hanif|
Kebiasaannya, jentera bomba terdiri daripada barisan trak-trak besar yang sarat dengan kelengkapan memadam kebakaran, atau kenderaan off-road dan juga motosikal bersesaran besar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, apa yang wujud kali ini merupakan sebuah jentera bomba yang paling comel - sebuah kuadrisikal Opel Rocks-e yang dihasilkan dengan kerjasama Advanced Engineering dan OSV (Opel Special Vehicles) untuk kegunaan jabatan bomba Opel yang bertugas di kilang Rüsselsheim, Jerman.

Sebagai sebuah 'jentera bomba', Rocks-e ini dipadankan dengan liveri berwarna merah dengan aksen kuning, penambahan lampu mata arah, berserta grafik dengan nombor kecemasan.
 

Rocks-e


Untuk ruang kabin, anggota bomba memuatkan barangan keperluan di bahagian bawah tempat duduk penumpang.

Disebabkan saiznya yang agak kecil, Opel Rocks-e ini tidak ditugaskan untuk memadam kebakaran atau mengangkut kelengkapan memadam api yang berat, sebaliknya ia digunakan untuk tujuan rondaan di dalam fasiliti Rüsselsheim.

Malah, disebabkan ia sebuah EV, Rocks-e boleh dipandu dengan mudah di dalam bangunan tanpa mengeluarkan sebarang pencemaran.
 

Rocks e


Dari segi kuasa, Rocks-e didatangkan dengan motor elektrik tunggal 8 hp dengan kelajuan tertinggi 45 km/j, serta pek bateri 5.5 kWh yang membolehkan ia dipandu sejauh 75 km untuk sekali cas, cukup sesuai untuk digunakan oleh pihak bomba bagi merangkumi kawasan seluas 1.9 km persegi itu.

Sebelum ini, sepasang Citroen Ami (kembar kepada Rocks-e) telah didermakan untuk kegunaan pasukan polis di kepulauan Greek.

Berita Berkenaan

Berita Global
Model ini juga turut dijenamakan semula sebagai Opel Rocks Electric, dan terbaharu oleh Fiat,…
Berita Global
Secara asasnya, Opel Rocks-e (dan juga Citroen Ami) tidaklah dikategorikan sebagai sebuah kereta,…