Jentera bomba Land Cruiser - khusus untuk kegunaan pekan kecil di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan salah satu model klasik yang berjaya menarik perhatian kami untuk dipaparkan kepada para pembaca Careta.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Seperti yang diketahui di Jepun, rata-rata jalannya adalah kecil dan sempit (sebab itu wujudnya segmen kenderaan kei-car!), jadi penggunaan trak bomba dan penyelamat yang bersaiz besar mungkin akan mendatangkan kesukaran terutama ketika situasi kecemasan.

 


Jadi, pihak berkuasa perlu menggunakan sesuatu yang mudah untuk dikendalikan dengan saiz yang berpadanan dengan keadaan jalan dan trafik di sana, dan jawapan untuk pihak bomba dan penyelamat Jepun adalah Land Cruiser 70 Series sebelum ditambah dengan kelengkapan tipikal bomba, seperti sistem pemadam api, unit pam air dan juga tangga.

Ditambah pula dengan keupayaan pacuan empat roda sepenuh masa, Land Cruiser bomba Jepun ini mampu untuk berkhidmat dengan baik di kawasan luar bandar, serta pekan kecil.

 


Jentera bomba yang dipamerkan ini hadir dengan enjin diesel enam silinder sebaris 1HZ 4.2 liter yang mampu menjana 129 kuasa kuda dan 285 Nm daya kilas, dipadankan dengan transmisi manual lima nisbah kelajuan.

Disebabkan penggunaannya yang tidak sekerap kereta keluarga, odometer Land Cruiser ini hanya mencatatkan perbatuan sebanyak 15,000 kilometer.

 


Menurut pengimport kenderaan terpakai yang berpengkalan di Jepun, PasificCoastAuto memberitahu, jentera bomba Land Cruiser ini sudah pun mempunyai pemiliknya dan bakal dieksport ke Texas, Amerika Syarikat.

 

Sumber: PasificCoastAuto

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…