Jentera baharu F1 2022 diperlihatkan - aerodinamik yang lebih ringkas, casis lebih kukuh

oleh Mohamad Hanif|
Ucapkan selamat datang kepada jentera baharu Formula 1 yang bakal digunakan pada musim perlumbaan tahun hadapan, di mana perubahan ini dikatakan menjanjikan persaingan yang lebih sengit di dalam era hibrid turbo pada ketika ini.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Rekaan asas yang kita lihat pada hari ini sebenarnya telah pun dibangunkan oleh F1 semenjak tahun 2017 lagi dengan lebih daripada 7,000 ujian simulasi telah pun dijalankan oleh para jurutera.

Perubahan yang besar didapati pada jentera baharu ini adalah rekaan dan aspek aerodinamik yang jauh lebih ringkas, bertujuan untuk mengurangkan gangguan aerodinamik yang diwujudkan oleh jentera semasa.

 


Ini kerana, menurut data perlumbaan yang diperoleh sebelum ini, jentera moden F1 yang digunakan pada ketika ini membuatkan kebanyakan pelumba sukar untuk mengikuti rapat jentera di hadapan, apatah lagi untuk memintas sesama sendiri, kesan daripada penghasilan 'aliran udara yang kotor' daripada jentera yang mendahului.

Perubahan ini juga memperlihatkan kembalinya aspek aerodinamik yang digelar sebagai 'ground effect' yang pernah wujud era 70-an untuk diadaptasikan pada jentera tahun 2022.

Jentera baharu ini juga turut menampilkan perubahan saiz roda bersaiz 18 inci yang dilengkapi dengan pelindung aerodinamik, berbanding saiz terdahulu 13 inci, serta pembangunan kompaun tayar baharu oleh Pirelli yang lebih tahan lasak.

 


Perubahan kepada tayar berprofil rendah ini juga bertujuan untuk meningkatkan tahap relevan jentera F1 kepada kereta jalanan moden, selain turut menyumbang kepada aspek aerodinamik yang lebih baik.

Unit trenkuasa masih lagi dikekalkan dengan enjin 1.6 liter bentangan V6 hibrid, namun untuk tahun 2022 mereka akan menggunakan bahan api dengan kandungan komponen bio dipertingkatkan kepada 10 peratus, berbanding 5.75 peratus seperti perlumbaan masa kini.

Selain daripada itu, aspek keselamatan turut menjadi tumpuan utama, di mana casis kereta lumba ini telah direka untuk menyerap 48 peratus lebih impak daripada hadapan, 15 peratus lebih daripada arah belakang, serta rekaan hidung yang panjang.

 


Apa yang kita lihat pada hari ini merupakan asas sahaja, memandangkan setiap pengeluar akan hadir dengan rekaan yang tersendiri bergantung kepada regulasi yang tercatat di dalam buku undang-undang F1, serta cara setiap pasukan mengeksploitasi kelompongan yang ada.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Menurut kenyataan pasukan Sauber Group, "Musim akhir di Abu Dhabi adalah tempat kami akan…
Berita Global
Pasukan itu yang terdiri dari Megat Rashidi, Mariah Azmir Faizal, Leong Karshen, Tunku Sarah Aisyah…
Sukan Bermotor
Langkah itu mewakili 24% pegangan ekuiti dalam Alpine, dimana ia bakal mempercepatkan pertumbuhan…