Jenama TRD, GR mampu wujud bersama di Amerika

oleh Mohamad Hanif|
Selama 40 tahun divisyen Toyota Racing Development bertanggungjawab sebagai sebuah bahagian prestasi untuk kenderaan-kenderaan Toyota, dan ia memberikan anda satu pilihan untuk beralih daripada rupa bentuk asal yang kadang kala membosankan itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, semenjak pengenalan subjenama Toyota Gazoo Racing (GR), peranan TRD seakan terhenti semenjak tahun 2017. 

Jadi, adakah TRD akan dihentikan begitu sahaja? 

Menurut naib presiden pemasaran Toyota Amerika Syarikat, Ed Laukes dalam satu temubual bersama Automobile Magazine menyebut, kedua-dua subjenama tersebut boleh wujud bersama di Amerika. 

 


"Terdapat banyak ruang yang boleh diisi, memandangkan TRD mempunyai sejarah yang cukup kuat di sini, dan para pemilik trak pikap turut menggemari jenama TRD. 

Namun, adakah kehadiran kedua-dua jenama ini akan mengelirukan pengguna? 

Tidak sama sekali kerana seperti yang diketahui, TRD lebih dikenali kerana menawarkan penambahbaikan dan peningkatan prestasi terhadap kenderaan Toyota sedia ada. 

Manakala subjenama Gazoo Racing pula lebih tertumpu terhadap produk yang lebih serius, lihat sahaja pada pengenalan GR Supra pada tahun lalu, serta pengenalan model GR Yaris yang baharu sahaja menggemparkan dunia. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu daripadanya adalah Toyota Racing Development (TRD) di mana mereka cuba membawakan sebuah…
Berita Global
  Dengan teknik yang betul, anda boleh membuatkan pemanduan sebuah kereta pacuan roda hadapan…