Malah, dalam pengumuman rasmi yang dibuat pada bulan Mei yang lalu, Mitsubishi dikatakan mahu memperkukuhkan lagi pengalaman 'Mitsubishi-ness driving' menerusi pengenalan semula subjenama itu.
Sebagai permulaan, Mitsubishi Ralliart kini boleh didapati sebagai barisan pakej aksesori untuk pasaran Thailand, khusus untuk model-model pantas seperti Pajero Sport, dan juga trak pikap Triton.
Pakej aksesori itu merangkumi kemasan bampar depan dan belakang berwarna merah, decal sisi Ralliart, mud flap, alas lantai, serta aksesori khas spoiler belakang hitam dan kemasan arka roda untuk Pajero Sport.
Itu sahaja.
Lebih menarik perhatian apabila pakej ini hanya dikhususkan untuk model pemanduan roda belakang (bukan pacuan empat roda) sahaja untuk pasaran Thailand.
Jadi, buat para pencinta Ralliart: Adakah kemunculan semula jenama ini membuatkan anda teruja?