Jenama Mazdaspeed bukan lagi kepentingan Mazda

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Car and Driver
Sejak kemunculan Mazda3 generasi keempat (terutama versi hatchback yang sporti itu) pada tahun lalu, ada satu nama khas yang kerap kali disebut-sebut bakal membuat kemunculan kembali, iaitu Mazdaspeed.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun sebagai salah satu syarikat Jepun yang kini sedang berubah ke arah sebuah jenama premium, Mazda kini tidak lagi memandang nama Mazdaspeed sebagai sebahagian daripada perancangan masa hadapan mereka.

Menurut laporan daripada Motor1, wakil Mazda Drew Cary menjelaskan, "kami kini tidak mempunyai perancangan segera untuk membawa kembali Mazdaspeed3 ketika mengorak langkah ke arah jenama premium.

 


Ketika pengenalan varian baharu Mazda3 yang dilengkapi dengan enjin 2.5 liter turbo, ia ternyata mengingatkan kita kepada zaman kegemilangan Mazdaspeed3 yang hanya dihasilkan dalam dua generasi dan berakhir pada tahun 2013 itu.

Malah, adalah tidak keterlaluan untuk kami katakan model hatchback berkuasa 250 hp dan pacuan semua roda itu menjadi pengganti secara tidak langsung kepada model-model Mazdaspeed yang terdahulu.

Fokus Mazda kini tertumpu kepada peningkatan imej sebagai sebuah jenama premium dan dalam masa yang sama mereka turut menitikberatkan dinamik pengendalian untuk semua model kenderaannya, sesuai dengan falsafah Jepun 'jinba-ittai' di mana pemandu dan kereta bersatu di dalam pemanduan yang serba harmoni.

Sumber: Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin ada di antara peminat Mazda yang mahukan pengeluar tersebut tampil dengan sebuah produk…