Jenama Korea masih paling kurang bermasalah di US untuk model 2019

oleh HEZERI SAMSURI|
Kajian terbaharu oleh syarikat penganalisa pasaran J.D. Power bagi Amerika Syarikat membuktikan jenama Korea sekali lagi muncul sebagai produk yang paling kurang bermasalah.

Sebanyak 76,256 orang pembeli kenderaan-kenderaan model tahun 2019 mengambil bahagian dalam kajian soal selidik oleh J.D. Power.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kajian Initial Quality Study (IQS) yang lebih memberi fokus kepada kualiti kenderaan itu dalam tempoh 90 hari selepas tarikh pemilikan. 

Ia mengandungi 233 soalan dan dikemukakan dalam kategori-kategori seperti di bawah:

  • Bahagian luaran
  • Tempat duduk
  • Pengalaman pemanduan
  • Enjin dan transmisi
  • Kelengkapan, kawalan, paparan
  • Kabin dalam
  • Pendingin/pemanas hawa
  • Sistem audio, perhubungan dan navigasi

Kadar kualiti ditentukan dari jumlah masalah untuk 100 unit kereta - semakin rendah nilainya, semakin tinggi kualiti produk tersebut.

  1. Masalah pada kenderaan itu pula dibahagikan kepada dua jenis:
  2. Kegagalan beroperasi (komponen yang terus tidak berfungsi)

Sukar digunakan (teknologi itu beroperasi dengan baik tetapi sukar untuk digunakan oleh pemandu)

Nampaknya seperti tahun 2018, jenama-jenama dari Korea menduduki tiga tempat tertinggi.

Di bawah ialah senarai penuh kajian tersebut.

 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu perkara yang perlu diberikan perhatian adalah infrastuktur pengecasan itu sendiri. Hal…
Berita Domestik
JD Power Malaysia pula beroperasi dari pejabatnya di Singapura dan dengan penutupan pejabat di situ…
Berita Domestik
  Faktor-faktor tersebut mengikut urutan keutamaan adalah:    i.   khidmat nasihat pengedar (26…