Jenama kereta Jepun yang sudah dilupakan!

oleh contributor|
Jenama pengeluar kereta dari Jepun Toyota, Nissan, Honda, Suzuki, Mitsubishi, Mazda dan Subaru sudah dikenali termasuk yang kurang dikenali sebagai contoh Mitsuoka yang pernah memasuki pasaran Malaysia tidak lama dulu dan masih berada di pasaran antarabangsa.


Berikut adalah pengeluar kereta dari Jepun yang telah dilupakan disebabkan telah diambil alih oleh syarikat kereta yang lebih besar :

 

Prince Motor Company

Selepas Perang Dunia Ke 2 tamat, kilang yang menghasilkan peralatan dan jentera perang untuk tentera Imperial Jepun beralih kepada menghasilkan produk untuk dijual kepada rakyat.

 

Prince Motor Company dilahirkan dari gabungan 2 syarikat pengeluar pesawat Tachikawa Aircrarf Company dan Nakajima Aircraft Company. Secara rasminya syarikat ini ditubuhkan pada 1947 dengan nama asal Tokyo Electric Car Company di bawah anak syarikat Tachikawa Aircarft Company, pengasas syarikat tayar Bridgestone Shojiro Ishibashi melabur pada The Tokyo Electric Company dan menjadi pengerusi syarikat dan pada tahun 1951 syarikat bertukar nama ke Tama Motor Company.
 

 

 

Shojiro Ishibashi juga merupakan pengerusi syarikat Nakajima Aircratf Company, kemudian syarikat ini bertukar nama ke Fuji Precision Industries.

 

Pada 1951 pengasas syarikat tayar Bridgestone Shojiro Ishibashi menjadi pengerusi kepada Fuji Precision Industries dan pada tahun 1954 beliau mengambil langkah mengabungkan Fuji Precision Industries dan Price Motor Company.

 

Pada 1965 Shojiro Ishibashi bersama Presiden Nissan Katsuji Kawamata telah tanda tangan memorandum pengabungan Prince Motor Company dan Nissan.

 

Pada 1966 Nissan telah mengambil alih sepenuhnya Price Motor Company. Shojiro Ishibashi diibaratkan sebagai individu yang penting menubuhkan Price Motor Company dan kemudian mengakhiri Prince Motor Company dengan menjualnya kepada Nissan.

 

 

Beberapa model kereta keluaran Prince Motor Company yang masih digunakan oleh Nissan, yang paling popular adalah jenama model Skyline.

 

Pada asalnya jenama Skyline adalah keluaran Prince Motor Company. Prince Skyline mula diperkenalkan pada 1957, sebanyak dua model Skyline mengekalkan nama Prince : Prince Skyline ALSI/BLSI 1957 sehingga 1964 dan Prince Skyline S50/S54/S57 1963-1968.

 


Prince Skyline tidak lagi digunakan bermula pada model Skyline generasi ke 3 Nissan Skyline C10 yang diperkenalkan pada 1968, model ini juga memperkenalkan  variasi Nissan Skyline GT-R (kod KPGC-10) atau dikenali sebagai Nissan Skyline Hakosuka.

 

Jenama Nissan Skyline diteruskan bersama Nissan sehingga Nissan Skyline GT-R34 1998 sehingga 2005. Kemudian jenama Skyline dipindahkan kepada jenama premium Infiniti pada 2002.

 

Jenama Skyline tidak digunakan pada Nissan GT-R R35 yang diperkenalkan pada 2008. Pada tahun ini Nissan menggunakan semula jenama Skyline pada model flagship sedan apabila Nissan melancarkan Nissan Skyline 2020 untuk pasaran Jepun, diluar pasaran Jepun masih diletakkan dibawah Infiniti.

 

Nissan menamatkan penggunaan jenama Prince pada 1999 setelah Renault SA menjadi majoriti didalam Nissan Motor Corp, jenama terakhir Prince bukanlah pada jenama kereta tetapi rangkaian pengedar Nissan di Jepun yang dikenali sebagai Nissan Prince Store.

 

 

 

Hope Motor Company

 

Syarikat ini mempunyai latar belakang yang agak kabur, carian tidak ditemui pengasas syarikat dan tarik tepat Hope Motor Company ditubuhkan akan tetapi syarikat ini dikuasai oleh Suzuki pada tahun 1968.

 

hope

 

Hope Motor Company pada awalnya menghasilkan kenderaan roda 3 pada pertengahan 1950an. Model pertama keluarannya HopeStar SM selepas kerajaan memperkenalkan insentif cukai kepada pengeluar dan pembeli kereta segmen Kei-Car. Selepas kejayaan model pertama HopeStar SM berjaya, syarikat ini memperkenalkan pula pick up trak HopeStar Unicar dan HopeStar OV.

 

hope 2

 

Pada tahun 1967 Hope Motor Company cuba memperkenalkan ON360 4x4 Kei-Car lasak yang berkonsepkan rekebentuk dari Jeep Willy, ON360 menggunakan enjin petrol berkapasiti 395cc, 2 silinder dan sistem penyejukkan udara. Enjin ini bukan dihasilkan sendiri oleh Hope Motor Company akan tetapi dibeli 100 unit terus dari Mitsubishi, ON360 hanya terjual 15 unit sahaja setelah dilancarkan.

 

 

 

Setelah melabur pada HopeStar ON360 dan hanya menerima tempahan 15 unit jauh dari sasaran jualan, akhirnya syarikat ini dijual kepada Suzuki Motor pada tahun 1968. Suzuki Motor meneruskan program pembangunan ON360 dengan memperkenalkan Suzuki Jimny LJ10 generasi pertama pada 1970. Model Suzuki Jimny terus dibangunkan sehingga ke generasi 4. Pada tahun 2018 jualan Suzuki Jimny berjaya mencapai lebih 2.8 juta unit sepanjang Suzuki Jimny diperkenalkan.

 

Ohta Jidosha 

 

Syarikat ini diasaskan oleh Hiro Ota pada 1922, pada 1930an era kemilangannya merupakan pengeluar kereta kedua terbesar dibelakang Mitsubishi. Bukan sahaja menghasilkan kereta Ohta Jidosha juga menghasilkan trak dan van komersial untuk pasaran Jepun. Walaubagaimanapun syarikat ini mengakhiri pengeluaran kereta sendiri pada 1957. Logo pada iklan trak Ohta KD yang dikeluarkan pada 1955 memaparkan logo syarikat Ohta.

 

ohta

 

 

Kereta Ohta Type OC yang dikeluarkan dari tahun 1937 sehingga 1939

 

ohta

 


Ohta Jidosha juga mengalami perubahan nama, pada tahun 1935 ditukar kepada Kosoku Kikan Kogyo kemudian pada tahun 1947 kepada Ohta Jidosha Kogyo Co. Ltd. Model kereta yang dikeluarkan selepas Perang Dunia Ke 2 antara Ohta PA merupakan yang dijual untuk kegunaan teksi.

 


 

 

Pada 1957 waris kepada pengasas Ohta Jidosha Yuichi Ota menghentikan pengeluaran kereta jenama Ohta Jidosha dan menghasilkan rekaan kenderaan kepada Nissan, bermula dari Datsun DC-3 dan Datsun S211 permulaan bagi jenama Nissan Fairlady sekarang, dan akhirnya syarikat Ohta Jidosha diambil alih pada tahun yang sama oleh Tokyu Kurogane Kogyo, akhirnya syarikat ini menjadi milik Nissan pada 1962.

 

 

datsun

 

 

 

Penulis : Muhamad Qalif

Prince Motor Company : https://www.motoringweekly.com.au/2018/09/03/prince-motor-company/ 
Nissan Global Heritage : https://www.nissan-global.com/EN/HERITAGE/
Wikipedia :
Shojiro Ishibashi : https://en.wikipedia.org/wiki/Sh%C5%8Djir%C5%8D_Ishibashi
Prince Motor Company : https://en.wikipedia.org/wiki/Prince_Motor_Company
Global Car Brands : https://www.globalcarsbrands.com/japanese-car-brands/ 
Hopestar and Birth of the Samurai : https://oppositelock.kinja.com/hopestar-and-the-birth-of-the-samurai-1627078111
Suzuki 4x4 History : http://web.tiscali.it/thezone/suzuki/history.htm
Wikipedia :
Hope Motor Company : https://en.wikipedia.org/wiki/Hope_Motor_Company
Suzuki Jimny : https://en.wikipedia.org/wiki/Suzuki_Jimny
Ohta Jidosha : http://www.carhistory.gr/load/content/pages/view/Ohta+Jidosha#.XaiOYEYzaUk
Ohta Jidosha : https://www.revolvy.com/page/Ohta-Jidosha
Ohta Jidosha : https://wikivisually.com/wiki/Ohta_Jidosha
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan, Ryan Lai, 35 dari Nilai, Negeri Sembilan tetap…
Berita Global
Tempat ketiga ialah jenama Korea, Kia dan diikuti oleh Audi pada tangga keempat dan BMW pada tangga…