Jenama Holden akan dikuburkan secara rasmi hujung tahun ini

oleh HEZERI SAMSURI|
Jenama Holden akan diberhentikan di Australia pada hujung tahun 2020 ini, selepas ditubuhkan dalam tahun 1948.

Pemiliknya, General Motors (GM) berkata Holden sudah pun menghentikan operasi kilang pembuatan kenderaan jenama itu di Australia tiga tahun lalu kerana prestasi jualan yang menurun teruk.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

GM turut akan menutup studio rekabentuk Holden di Melbourne dan litar ujiannya di Lang Lang, berhampiran bandar itu.

Lebih kurang 600 hingga 800 pekerja bakal kehilangan mata pencaran tetapi mereka akan diberikan pakej yang sepatutnya.

Namun begitu, GM akan mengekalkan dalam 200 orang pekerja untuk terus membuka pusat servis dan juga waranti bagi 10 tahun akan datang.

Ini dilihat sebagai antara langkah GM untuk keluar dari pasaran Pemanduan Sebelah Kanan (RHD) di seluruh dunia. Sebelum ini, GM sudah keluar dari UK, Jepun, India, Afrika Selatan dan juga Malaysia.

Cuma tiga sahaja negara RHD yang masih wujud untuk GM sekarang, Australia, Thailand dan New Zealand. GM juga sudah mengumumkan akan menutup operasi mereka di kesemua negara itu bermula pada tahun ini.

GM bercadang untuk menggantikan jenama Holden di Australia dengan General Motors Specialty Vehicles (GMSV) di mana ia akan menjual model-model dari US yang akan ditukar kepada varian RHD.

Antaranya ialah kereta sport Chevrolet Camaro dan trak pikap Chevrolet Silverado.

Berita Berkenaan

Berita Global
Panggilan semula itu melibatkan sejumlah 61,000 unit kenderaan di US, yang terdiri daripada 50,000…
Berita Global
Ia adalah berikutan pelbagai jenis masalah yang dilaporkan melibatkan ‘sebilangan kecil’ model…
Berita Global
Terbaharu, General Motors bakal menjalin kerjasama dengan syarikat Komatsu untuk menghasilkan trak…